Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

JANUARI 2011 BERSAMA DATO' SITI NURHALIZA


Hari ini dah masuk ke bulan Februari 2011... Tetapi entri kali ini berkaitan dengan xtvt Januari aku bersama my idol & my inspiration iaitu Dato' Siti Nurhaliza...

8 Januari 2011

Aku bersama BFF menuju ke Stadium Putra Jalil pada jam 8.00pm untuk Rehearsal AJL... Pada tahun lepas, aku ke AJL pada siaran langsung tetapi dengan pengalaman yg ada, tahun ni kami decide untuk pergi waktu rehearsal sahaja...

Sememangnya berbaloi lah kami pergi waktu rehearsal, tak ramai org & memang enjoy tgk persembahan artis2 bertanding dan artis yg membuat persembahan... seperti biasala, persembahan yang kami tunggu2 adalah persembahan dari DCT... Sangat enjoy bersorak waktu DCT nyanyi... meriah sgt... puas hati sangat dgn showmanship dari DCT wlpn dalam keadaan yang kurang sihat... persembahan terbaik pada malam itu... congrats DCT... Luv it!!


10 Januari 2011

Jam 8.30pm, aku berjanji dengan BFF untuk berjumpa di Pavilion bg menghadiri Majlis Sambutan Hari Lahir DCT di JW Marriot... Pada mulanya kami decide untuk membeli teddy bear sebagai hadiah untuk Sang Puteri tetapi setelah berbincang kami decide untuk membeli jelly cake... Then, kami plan hendak menyanyikan lagu 'Birthday' sejurus selepas Majlis sambutan Birthday DCT selesai...


:: Bersama selebriti yang hadir ::

Tetapi, dengan bantuan Kak Zyee dan Becky (SimplySiti), kami diberi penghargaan istimewa untuk membuat surprise celebration buat DCT... kami di minta untuk berkumpul dalam sebuah bilik yg digunakan untuk press conference... Dan, Angah sempat merakam detik2 istimewa itu bersama DCT... Enjoy da video...


Seronok sangat dpt berkumpul ramai2 meraikan birthday DCT bersama2... Thanks DCT coz sentiasa memberikan yang terbaik buat kami dan tidak pernah mengecewakan peminat2 yang sentiasa berada di lokasi DCT berada... Luv u!!



:: AKU CINTA PADAMU ::

Thursday, January 13, 2011

PARTY ULANGTAHUN BUDIEY.COM KE-4

08.01.11 ~ Aktiviti yg telah dirancang bersama BFF dan teman2 untuk join Party Ulangtahun Budiey.com yang ke-4... Semasa Ulangtahun ke-3, aku juge join parti ini, mmg meriah tp kali ni lebih meriah dgn kemunculan ramai selebriti dan ramai penaja yang turut menjayakan parti ini... Warna tema kali ini adalah hijau pucuk pisang... (^_*)

Sessi pendaftaran di buka pada jam 1.00pm dan parti dimulakan jam 2.00pm... Lbh kurg 120 pembaca Sensasi Selebriti yang join party kali ini... Majlis di hoskan oleh Tuah & Zizi dari Suria FM dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Hafiz Hamidun. Kemudiannya, diserikan dengan persembahan artis jemputan dan diselang seli dgn cabutan bertuah. Antara selebriti yang menjayakan Party ini adalah Heliza, Ning Baizura, Sabhi Saddi, Imran Ajmain, Farawahida, Farina dan ramai lagi... Enjoy da pic...

Hadiah Utama untuk cabutan bertuah adalah Blackberry Curve yang dimenangi oleh abgYan... seronok nya... BB Pin plzzz.,... hahahaha... memang berbaloi-baloi... Tahniah abgYan (^_*)


Dan... yang menjadikan ianya lebih meriah apabila 2 my BFF iaitu divaShy diumumkan sebagai Pembaca Paling Sporting dan abgMaman dinobatkan sebagai Pembaca Paling Cool... woowww!! Tahniah my BFF... (^_*)

Mana x sporting & cool kan, BFF ku itu juga siap di interview oleh Hip TV... untung ade kawan mcm mereka yang sentiasa boleh menghiburkan diriku... xoxo [Tetiba sedih plak... sob... sob...]


Setelah sesi terakhir iaitu Majlis Potong Kek, kami semua yg join diberi keistimewaan untuk menonton filem Khurafat yang diarahkan oleh Shamsul Yusof dan lakonan beliau sendiri bersama Liyana Jasmay... marilah berpusu-pusu ke pawagam berhampiran coz filem ni berunsur seram yang sangat fresh... Tahniah pada team Khurafat!!


Mmg betul2 enjoy dapat join Party ini lagi2 bersama BFF dan teman2... Thanks pada Budiey atas penganjuran party ini dan ucapan khas buat budi... Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke-4, semoga terus success dengan isu2 terkini lagi sensasi... All da best!!


:: JIKA KAU TAK DATANG ::

Thursday, August 12, 2010

CUCI GELAK CUCI GELAK

Pada 09.08.10 (Isnin) yang lepas, aku bersama Fzi & Abg aku menonton Cuci The Musical 2... Last year, musim pertama pun aku tgk gak...but this year, aku rasa pemilihan Nabil menggantikan AC memang sgt tepat dan terbaaeeekkkk... Aku suka lawak fresh dari Nabil & Awie... sungguh terhibur dengan lawak jenaka dari mereka... bravo team CTM2... Syabas!

Daaannnn....
Yang tidak disangka menjadikan malam tersebut bertambah indah apabila berjumpa dengan Sang Puteri yang aku sayangi... Kebetulan kawan Fzi inform ternampak Sang Puteri, pastu terus jumpe & bergambar dgn Sang Puteri... sungguh cantik & berseri2... so sweet!!

:: AKU CINTA PADAMU ::

Monday, August 24, 2009

:: SESUCI LEBARAN ::

Again... aku nak share xtvt aku menghadiri program raya... Kali ni adalah rakaman Konsert Sesuci Lebaran Dato Siti Nurhaliza pada 20.08.09 (Khamis) di Green Cow Studio, Bandar Sri Damansara... Kali ni seramai 125 SZoner di jemput untuk hadir... Antara artis jemputan adalah Saida, Saerah, Coda, Aizat, Louisa Chong & Mak Lang (Makcik Salmah)...

Konsep program ni ala-ala muzikal drama bermula dari sebelum raya hingga hari raya... Sangat menghiburkan... Kali ni aku ajak kawan2 kolejku untuk join program ni... kitorg bertolak dalam kul 4.30pm lepas jer abis kelas... walaupun awalnya dah survey tempat, tetap gak sesat nak ke sana... hehehe... btw, syukur la jalan pun x jam sgt...

Then, we all tiba around kul 5 lebih... mmg awal sgt we all sampai, maklumlah nak elakkan jam... dah sampai lega skit, x la rushing kan, hilang plak mood nanti... disebabkan awal sampai, kitorg lepak2 dulu kat Restoran Sharifah Bee area2 situ... enjoy da pic!!

Lepas perut pun dah isi, we all pergi Petronas sementara rakaman belum bermula... Selesaikan dan laksanakanlah apa2 yang patut... hehehe... Then, lepas selesai semuanya, kitorg terus menuju ke studio... Sementara menunggu, mesti nak snap gambar... hehehe.... (^_*)

Dalam kul 8.00pm, kami dibenarkan untuk masuk ke dalam studio... wow, mmg meriah... konsep raya yg ditonjolkan pun amat menarik... Tgklah pic2 yg aku sempat snap sepanjang rakaman berlangsung... Dan eksklusif pada rakaman ni, DCT menyanyikan salah satu dari album kerohanian terbaru, Tahajjud Cinta yang akan dipasarkan tidak lama lagi... suka sgt2 lagu tu!!

Lepas jer habis rakaman, as usual DCT diserbu... Kemudian, DCT minta diri untuk naik ke atas sebentar, ada urusan katanya... Aku hanya dapat bergambar dgn Saida & Louisa Chong, diorg berdua ni sgt2 sporting & mesra... Dgn Kak Zyee pun, aku sempat bergambar... suka sgt cara Kak Zyee bekerja, mesra melayan peminat2 yg dtg... da best PA in town!! (",)

Sementara menunggu DCT turun semula, kitorg makanlah KFC yang dibelanja oleh DCT... Thnx Kak CT, moge rezeki DCT bertambah murah!! Dalam waktu menunggu tu, tibe2 Dato' K datang... kitorg agak mesti ada surprise celebration sempena 3rd anniversary mereka... hehehe... then, lbh kurg stengah jam, DCT & DK turun ke bawah, time ni lah aku berpeluang snap gambar dengan DCT & DK... Thnx Kak CT, walaupun penat, tetap mesra melayan kami semua sehinggalah masuk ke dalam kereta yg dipandu oleh DK sendiri

Wow, puas sgt rasanya dapat memeriahkan program tersebut... Untuk crew2 yg bertugas, congrats!! Saksikanlah Konsert Sesuci Lebaran Dato Siti Nurhaliza pada Hari Raya Pertama, jam 9.00 mlm di Muzik Aktif, Segalanya Muzik (Saluran 180 RTM)!!

:: SESUCI LEBARAN ::

Sunday, August 23, 2009

:: TEATER MUZIKAL TUN ABDUL RAZAK ::

Selasa (18.08.09), aku ke Istana Budaya lagi... kali ini untuk menyaksikan Teater Muzikal Tun Abdul Razak... abang aku dapat tiket free (4 tiket), so aku ajak kawan aku, Khaty & Tiqah tuk enjoy da show... (^_*)

We all bertolak dari kolej dalam kul 5.00pm ke ofis abang aku... So, kul 6.00pm, kitorg smpi la kat sana... Abang aku tunggu kat ofis jer memandangkan IB dekat je ngan ofis die... Jalan ke IB agak jam memandangkan waktu keluar ofis & ditambah lg dgn hujan yg sgt lebat... Then, we all smpi IB dalam kul 7.00pm, kira ngam2 gak la... 2 jam tunggu tu sblm show start @ 9.00pm... but aku x kisah pun menunggu coz aku x suke rushing, so blh la melaram, relax2 dulu kat cafe & melaksanakan apa yg patut... (",)


...Make-up time...thnx Tiqah...

...Makan time...
...posing + snap + posing + snap...
Pintu IB di buka dalam kul 8.30pm... So, masuk je kat IB, xtvt snap pun bermula... enjoy da pic!!

Show start lbh kurang kul 9.00pm dan berakhir dalam kul 11.00pm. Tamat jer teater, aku, Khaty & Tiqah terus beratur untuk mendapatkan signature & sesi bergambar... walaupun x ramai yg beratur, bodyguard kat situ ttp nak kecoh x bagi ambil gambar dgn artis... as usual, aku terjah jer... Kak Jee & Abg Rashidi pun sporting sgt melayan kerenah kami... thnx!! (^_*)

Komen aku...
Dari segi jalan cerita, sememangnya memerlukan kefahaman kita untuk mengetahui sejarah Tun Abdul Razak coz if x tau langsung, agak slow la untuk faham teater ni... Biasalah kan, teater muzikal banyak simbolik nya... setiap pergerakan & tarian memunyai maksud tersirat... Aku mmg x berapa minat sejarah, so mana part yg x berapa faham, aku refer kat abang aku... Abang aku tau pun coz die baca buku program, ada penerangan babak2 dalam teater tersebut, dia pun mcm aku gak x brape minat sejarah... hehehehe...

Dari segi lakonan, aku suka watak yg dilakonkan oleh Fauziah Latif (Kak Jee) sbg Toh Puan Rahah... Kelembutan yg ditunjukkan oleh Kak Jee amat berkesan untuk watak tersebut... But, pada babak malam terakhir sebelum Tun berangkat ke London, pada pendapat aku, x berapa menggambarkan kesedihan... rasanya mcm x sampai jer... senang kata x menusuk ke kalbuku...cheewwaahh!! my opinion huh!!

Untuk watak yg dilakonkan oleh Rashidi Ishak sbg Tun Abdul Razak, dari segi luarannya sememangnya nampak ketokohan Rashidi dalam membawakan watak tersebut... walaubagaimanapun, untuk lontaran vokal & nyanyian di dalam lakonan di pentas teater, ada sedikit kekurangan... sometimes, aku rasa mcm off tune, x berapa nak ngam ngan muzik... ini sekadar pendapat aku sbg penonton ya... anywy, ini percubaan pertama Kak Jee & Abg Rashidi di pentas teater, pujian harus diberikan juga... bravo!! bravo!! bravo!!

Btw, aku suka watak yg dilakonkan oleh Syukor Ibrahim Bachik sebagai Tunku Abdul Rahman... Pergerakan, percakapan & penjiwaan yg sgt bagus oleh beliau... Btw, congrats tuk semua crew yg menjayakan Teater Muzikal Tun Abdul Razak nie... selain dapat berhibur, aku juga dpt mengetahui sejarah negara tercintaku ini, Malaysia.


( Diari Tun Abdul Razak 1972 )

:: HATI ::