Tuesday, February 1, 2011

JANUARI 2011 BERSAMA DATO' SITI NURHALIZA


Hari ini dah masuk ke bulan Februari 2011... Tetapi entri kali ini berkaitan dengan xtvt Januari aku bersama my idol & my inspiration iaitu Dato' Siti Nurhaliza...

8 Januari 2011

Aku bersama BFF menuju ke Stadium Putra Jalil pada jam 8.00pm untuk Rehearsal AJL... Pada tahun lepas, aku ke AJL pada siaran langsung tetapi dengan pengalaman yg ada, tahun ni kami decide untuk pergi waktu rehearsal sahaja...

Sememangnya berbaloi lah kami pergi waktu rehearsal, tak ramai org & memang enjoy tgk persembahan artis2 bertanding dan artis yg membuat persembahan... seperti biasala, persembahan yang kami tunggu2 adalah persembahan dari DCT... Sangat enjoy bersorak waktu DCT nyanyi... meriah sgt... puas hati sangat dgn showmanship dari DCT wlpn dalam keadaan yang kurang sihat... persembahan terbaik pada malam itu... congrats DCT... Luv it!!


10 Januari 2011

Jam 8.30pm, aku berjanji dengan BFF untuk berjumpa di Pavilion bg menghadiri Majlis Sambutan Hari Lahir DCT di JW Marriot... Pada mulanya kami decide untuk membeli teddy bear sebagai hadiah untuk Sang Puteri tetapi setelah berbincang kami decide untuk membeli jelly cake... Then, kami plan hendak menyanyikan lagu 'Birthday' sejurus selepas Majlis sambutan Birthday DCT selesai...


:: Bersama selebriti yang hadir ::

Tetapi, dengan bantuan Kak Zyee dan Becky (SimplySiti), kami diberi penghargaan istimewa untuk membuat surprise celebration buat DCT... kami di minta untuk berkumpul dalam sebuah bilik yg digunakan untuk press conference... Dan, Angah sempat merakam detik2 istimewa itu bersama DCT... Enjoy da video...


Seronok sangat dpt berkumpul ramai2 meraikan birthday DCT bersama2... Thanks DCT coz sentiasa memberikan yang terbaik buat kami dan tidak pernah mengecewakan peminat2 yang sentiasa berada di lokasi DCT berada... Luv u!!



:: AKU CINTA PADAMU ::

Saturday, January 29, 2011

TAKZIAH

Agak lama juga aku x update blog ni... agak bz dgn praktikal & badan agak letih... balik jer dr ofis, trus melelapkan mata... huhu...

Hari ini 29.01.2011, telah 13 hari adekQaseh meninggalkan kita semua... utk pembaca blog ini, adekQaseh telah menghembuskan nafas terakhir pada 17.01.2011 jam 2.30pm... Terima kasih pada semua yang telah mendoakan apa jua yang terbaik buat adekQaseh selama ini, namun Allah lebih menyayangi adekQaseh... semoga adekQaseh tenang disana...

Dikesempatan ini, mond nak ucapkan TAKZIAH buat keluarga adekQaseh ~AbgMaman, sisTina, sisAnya dan semua~ berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul... Juga buat Kak Suhana & Abang Dino, semoga tabah hadapi ujian dariNya... Takziah sekali lagi... Al-Fatihah

:: TANPAMU ::

Sunday, January 16, 2011

DOA UNTUK NUR QURNEA QASEH


Hari ini, aku bersama BFF sempat meluangkan masa untuk melawat adik Qaseh (anak saudara my BFF ~ abgMaman, sisTina & sisAnya) yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang...

"Info Penyakit AdekQaseh: AdekQaseh mengalami masalah Jantung. Jantung nya mengbengkak dan menekan pada paru-paru AdekQaseh. Ini mengakibatkan AdekQaseh mengalami kesukaran untuk bernafas. Dan Semalam Doktor mengesahkan AdekQaseh diserang H1N1"

Selama ini, aku hanya dapat mengetahui perkembangan terbaru mengenai Qaseh daripada abgMaman, sisTina & sisAnya... Dengan adanya masa terluang, Alhamdulillah kami dapat melihat dengan mata kami sendiri keadaan kasih di Hospital Selayang...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... Ya Allah, begitu berat dugaan dan ujian buat adik Qaseh sekeluarga... Tetapi, Allah tidak akan menguji hambaNya yang tidak mampu untuk menanggung ujian ini... Kalau ianya berlaku pada aku, tak tau lah samada aku mampu untuk mengharunginya

Betapa sayu hati aku bila melihat Qaseh yang terlantar dalam bilik kaca, hanya doa yang dapat dipohon... Begitu juga aku melihat kasih ibu Qaseh, Kak Suhana dan kasih bapa Qaseh yang sentiasa berada di sisi Qaseh... Buat kak Suhana dan Abg, semoga tabah hadapi ujian ini... Juga kasih seluruh keluarga Qaseh termasuklah abgMaman, sisTina & sisAnya, banyakkan bersabar dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik Qaseh... Sedihnya...


Alhamdulillah, tadi sempat berborak dengan Kak Suhana, keadaan Qaseh ada peningkatan berbanding hari semalam... harap2 keadaan Qaseh bertambah baik dari sehari ke sehari... Moga adik Qaseh kuat hadapi semua ini... Kami sayang adik Qaseh... Amin Ya Rabbal Alamin... Pada sesiapa yang membaca entry ini, sama2 kita doakan yang terbaik buat adik Qaseh ya... Terima kasih pada semua... hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian...

[Credit Pic : FB abgMaman & sisTina]

:: PINTU RINDU ::

Thursday, January 13, 2011

PARTY ULANGTAHUN BUDIEY.COM KE-4

08.01.11 ~ Aktiviti yg telah dirancang bersama BFF dan teman2 untuk join Party Ulangtahun Budiey.com yang ke-4... Semasa Ulangtahun ke-3, aku juge join parti ini, mmg meriah tp kali ni lebih meriah dgn kemunculan ramai selebriti dan ramai penaja yang turut menjayakan parti ini... Warna tema kali ini adalah hijau pucuk pisang... (^_*)

Sessi pendaftaran di buka pada jam 1.00pm dan parti dimulakan jam 2.00pm... Lbh kurg 120 pembaca Sensasi Selebriti yang join party kali ini... Majlis di hoskan oleh Tuah & Zizi dari Suria FM dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Hafiz Hamidun. Kemudiannya, diserikan dengan persembahan artis jemputan dan diselang seli dgn cabutan bertuah. Antara selebriti yang menjayakan Party ini adalah Heliza, Ning Baizura, Sabhi Saddi, Imran Ajmain, Farawahida, Farina dan ramai lagi... Enjoy da pic...

Hadiah Utama untuk cabutan bertuah adalah Blackberry Curve yang dimenangi oleh abgYan... seronok nya... BB Pin plzzz.,... hahahaha... memang berbaloi-baloi... Tahniah abgYan (^_*)


Dan... yang menjadikan ianya lebih meriah apabila 2 my BFF iaitu divaShy diumumkan sebagai Pembaca Paling Sporting dan abgMaman dinobatkan sebagai Pembaca Paling Cool... woowww!! Tahniah my BFF... (^_*)

Mana x sporting & cool kan, BFF ku itu juga siap di interview oleh Hip TV... untung ade kawan mcm mereka yang sentiasa boleh menghiburkan diriku... xoxo [Tetiba sedih plak... sob... sob...]


Setelah sesi terakhir iaitu Majlis Potong Kek, kami semua yg join diberi keistimewaan untuk menonton filem Khurafat yang diarahkan oleh Shamsul Yusof dan lakonan beliau sendiri bersama Liyana Jasmay... marilah berpusu-pusu ke pawagam berhampiran coz filem ni berunsur seram yang sangat fresh... Tahniah pada team Khurafat!!


Mmg betul2 enjoy dapat join Party ini lagi2 bersama BFF dan teman2... Thanks pada Budiey atas penganjuran party ini dan ucapan khas buat budi... Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke-4, semoga terus success dengan isu2 terkini lagi sensasi... All da best!!


:: JIKA KAU TAK DATANG ::

Sunday, January 9, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

08.01.11... Penuh xtvt aku bersama BFF dan teman2... tapi, aku nak ceritakan tentang sambutan birthday salah seorang BFF iaitu MakSireh...

Sebenarnya, perancangan ini di buat last minute oleh kami... Selepas party di Cineleisure tamat, kami terus decide untuk beli kek di Secret Recipe... Pilihan DivaShy & Angah ~Chocolate Fudge~... Pada mulanya, ingin surprise kan MakSireh selepas sahaja tamat rehearsal AJL di Bukit Jalil tetapi kami parking kereta jauh le plak... So, we all decide untuk kluar makan memandangkan semua perut dah berkeroncong termasuklah DivaShy yg angin dah naik sampai ke kepala (1st time tgk DivaShy mengerang kesakitan sebegitu)... Pada mulanya, MakSireh & AbgYan nak balik terus coz perlu balik awal... Tetapi, lepas berkomplot dgn AbgYan, rancangan dapat diteruskan... thnks AbgYan... btw, SisTina & SisAnya tak dpt join celebration ni coz badan dah terlalu letih... its ok sis, kami raikannya bagi pihak sis ya... ;)

Kemudian, kami semua (Mond, abgMaman, DivaShy, Angah, Kak J, Fzi, Sue & Norman) berkonvoi bersama2 ke McDonald (dah tu je yg paling dekat kaannn)... MakSireh, AbgYan, Miza & staff AbgYan pun juga menuju ke McD Sg Besi... Setibanya di McD, aku terus masuk ke McD & MakSireh dah ada di dalam... aku melayan MakSireh berborak bg mengelakkan perancangan dapat dihidu sambil yg lain2 menyalakan lilin di kereta... DivaShy yang membawa kek sambil di iringi oleh abgMaman, Kak J dan Angah terus masuk ke McD dan trus menyanyikan lagi "Happy Birthday" dan di akhiri dengan tepukan oleh semua yg berada di dalam McD, termasuklah pekerja2 McD... Fuuhhh, mmg happening!! Muka MakSireh mmg terperanjat giler... tgklah gambar2 yg sempat di rakam...

Daaannnn, kebetulan Che Min (Editor MH) dan Fazli Zainal berada di McD tersebut... So, Fazli siap buat kejutan menyanyikan lagu "Happy Birthday" buat MakSireh... bertambah gamat lah McD Sg Besi... hehehehe... terkelu MakSireh bile dapat kejutan tu... tak di lupe juga, Angah pun turut terkejut dgn kejutan tu sampaikan Air Milo boleh tumpah... hehehehe... Dan, semasa nak balik menuju ke kereta, Birthday Girl sempat mengabadikan gambar bersama Tomok yang juga mengisi perut di McD... Anywy, mmg enjoy sgt malam tu... yessss, segala perancangan berjalan lancar... yuhuuuu....

Selamat Ulangtahun Sayang My BFF ~MakSireh~... Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, panjang umur dan ceria sentiasa... Semoga friendship kita sentiasa berkekalan selamanya... Tetiba teringat plak lagu Adira ~Ku Ada Kamu~.... xoxo (^_*)

:: RASA ANTARA KITA ::