Friday, January 7, 2011

SERIBU KEMANISAN KK > CH > KL

Setiap tahun, aku sambut New Year di depan tv jer... tgk bunga api pun dalam tv jer... sgt malas untuk bersesak2 di luar... tak kisah lah if ade yg ckp, x de life la, x sosial lah, tapi itu yg wat aku selesa... ok jerr kan...

But...
Sambutan New Year 2011, aku bersama2 BFF ku meluangkan masa di Cameron Highland... Fuuhhh, sangatlah seronok bersama mereka... penuh rencah sepanjang perjalanan pergi dan balik serta sepanjang berada di Cameron Highland... semua kisah di ceritakan bersama... pahit, suka, duka dikongsi antara kami berlima... sesungguhnya, aku amat bersyukur pada Allah atas kurniaan abang2 & kakak2 yang sentiasa ada bersama... perkenalan yg wujud antara kami atas minat terhadap insan seni yang sama benar2 memberi erti dan merupakan peristiwa terpenting dalam hidup aku...


Oklah, kami memulakan perjalanan dari KK pada 31.12.2010 jam 3pm melalui Simpang Pulai... jalan melalui Simpang Pulai agak ok berbanding melalui Tapah... Penuh cerita dikongsi bersama BFF sambil menikmati sajian lagu-lagu dari Konsert Fantasia Tour Dato' Siti Nurhaliza... Cadangan untuk memasuki Geng Stars benar2 membuatkan Unser kami gamat... latihan vokal paduan abgMaman dan divaShy menggamatkan suasana sampaikan makSireh pening kepala coz gelak yg melampau termasuklah Angah yg tengah drive... btw, cara begini boleh menghilangkan mengantuk, betul tak Angah?? hehehehe

Kami tiba di Tanah Rata, Cameron Highland pada jam 5.30pm dan terus check-in di apartment... Setelah merehatkan diri, kami keluar pada jam 8.00pm untuk menikmati suasana malam di Cameron Highland... berjalan2 di sekitar night market di Brinchang, kami hanya mencuci mata coz da decide untuk memborong pada keesokan harinya... Rancangan untuk berkaraoke oleh abgMaman telah mendapat persetujuan semua namun agak hampa dengan pertanyaan masyarakat sekeliling termasuklah Aunty Minachi, karaoke centre terletak jauh dari Tanah Rata dan dibantu oleh Garmin GPS juga tidak berjaya... {Rupa-rupanya ada 1 pusat karaoke yang betul2 terletak di hadapan apartment kami yg makSireh perasan pada keesokan harinya... ada hikmah disebaliknya}

Lantas, kami decide untuk mengisi perut di sebuah kedai makan di Tanah Rata... kami menikmati yong tau fu yang sangat unik... hehehe... sambil borak2, kami mendapat msg inbox di FB, terdapat jemputan ke sebuah rakaman talk show bermula pada 3hb Januari 2011... Persetujuan telah dibuat untuk check out keesokan harinya bagi meluangkan masa untuk rakaman tersebut kerana hanya 3hb Jan sahaja yang membolehkan kami berkumpul bersama2 menonton rakaman tersebut...


Setelah kenyang makan malam, kami berbincang untuk celebrate New Year... lantas, cadangan dari makSireh telah diterima dan kami ke sebuah tempat seperti yang dicadangkan... sangatlah meriah sambutan New Year kami di sana... siap ada persembahan dari selebriti lagi... dan, sempat kami merakamkan gambar yang menunjukkan 2011 untuk koleksi sambutan New Year kami di Cameron Highland... Inilah gambarnya....


Disebabkan kegilaan di malam New Year, sebuah video untuk suka2 telah kami rekodkan iaitu Ketuk-Ketuk New Year... pada mulanya, hanyalah rakaman video biasa sahaja menunjukkan kerajinan divaShy & abgMaman di malam New Year, namun setelah di edit oleh Angah, ianya menjadi video yang menarik... claaazzzz sgt... thanks Angah!!


Keesokan harinya pada 01.01.11, kami bersiap2 untuk check out dan berjalan serta membeli belah di kawasan Strawberry Farm, Pasar Brinchang, Ladang Teh dan lain2... Kami hanya pergi ke beberapa tempat sahaja dan seperti biasalah, posing dan posing dan posing... membeli belah pun ala kadar sahaja... Enjoy da pic....






Then, kami bergerak turun dari Cameron Highland melalui Tapah... Fuuhhh, jalannya sangat la mencabar... Angah pun bawa slow jer... Mula2 agak kecoh dalam perjalanan... lama-kelamaan, suasana dalam Unser menjadi senyap... masing2 dah mula diam dan melelapkan mata... mungkin keletihan + kepeningan... Nasib baik penumpang saje yang fening... Sangat lama rasanya nak sampai ke bawah... sesampai jer bawah, kami berhenti di R&R Tapah bagi mengisi perut... barulah masing2 sedar yg semuanya x makan lagi selain beralaskan cekodok ketika breakfast... padahal, makan adalah perkara utama selalunya dalam apa jua xtvt kami... hehehehe...


Alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah makSireh jam 9pm untuk merehatkan diri coz esoknya ada xtvt lain yang akan disertai oleh kami... Sememangnya, perjalanan percutian yang cukup indah untuk dikenang dan akan tersemat untuk selamanya... xoxo

:: SERIBU KEMANISAN ::

No comments: