Saturday, January 29, 2011

TAKZIAH

Agak lama juga aku x update blog ni... agak bz dgn praktikal & badan agak letih... balik jer dr ofis, trus melelapkan mata... huhu...

Hari ini 29.01.2011, telah 13 hari adekQaseh meninggalkan kita semua... utk pembaca blog ini, adekQaseh telah menghembuskan nafas terakhir pada 17.01.2011 jam 2.30pm... Terima kasih pada semua yang telah mendoakan apa jua yang terbaik buat adekQaseh selama ini, namun Allah lebih menyayangi adekQaseh... semoga adekQaseh tenang disana...

Dikesempatan ini, mond nak ucapkan TAKZIAH buat keluarga adekQaseh ~AbgMaman, sisTina, sisAnya dan semua~ berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul... Juga buat Kak Suhana & Abang Dino, semoga tabah hadapi ujian dariNya... Takziah sekali lagi... Al-Fatihah

:: TANPAMU ::

Sunday, January 16, 2011

DOA UNTUK NUR QURNEA QASEH


Hari ini, aku bersama BFF sempat meluangkan masa untuk melawat adik Qaseh (anak saudara my BFF ~ abgMaman, sisTina & sisAnya) yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang...

"Info Penyakit AdekQaseh: AdekQaseh mengalami masalah Jantung. Jantung nya mengbengkak dan menekan pada paru-paru AdekQaseh. Ini mengakibatkan AdekQaseh mengalami kesukaran untuk bernafas. Dan Semalam Doktor mengesahkan AdekQaseh diserang H1N1"

Selama ini, aku hanya dapat mengetahui perkembangan terbaru mengenai Qaseh daripada abgMaman, sisTina & sisAnya... Dengan adanya masa terluang, Alhamdulillah kami dapat melihat dengan mata kami sendiri keadaan kasih di Hospital Selayang...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... Ya Allah, begitu berat dugaan dan ujian buat adik Qaseh sekeluarga... Tetapi, Allah tidak akan menguji hambaNya yang tidak mampu untuk menanggung ujian ini... Kalau ianya berlaku pada aku, tak tau lah samada aku mampu untuk mengharunginya

Betapa sayu hati aku bila melihat Qaseh yang terlantar dalam bilik kaca, hanya doa yang dapat dipohon... Begitu juga aku melihat kasih ibu Qaseh, Kak Suhana dan kasih bapa Qaseh yang sentiasa berada di sisi Qaseh... Buat kak Suhana dan Abg, semoga tabah hadapi ujian ini... Juga kasih seluruh keluarga Qaseh termasuklah abgMaman, sisTina & sisAnya, banyakkan bersabar dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat adik Qaseh... Sedihnya...


Alhamdulillah, tadi sempat berborak dengan Kak Suhana, keadaan Qaseh ada peningkatan berbanding hari semalam... harap2 keadaan Qaseh bertambah baik dari sehari ke sehari... Moga adik Qaseh kuat hadapi semua ini... Kami sayang adik Qaseh... Amin Ya Rabbal Alamin... Pada sesiapa yang membaca entry ini, sama2 kita doakan yang terbaik buat adik Qaseh ya... Terima kasih pada semua... hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian...

[Credit Pic : FB abgMaman & sisTina]

:: PINTU RINDU ::

Thursday, January 13, 2011

PARTY ULANGTAHUN BUDIEY.COM KE-4

08.01.11 ~ Aktiviti yg telah dirancang bersama BFF dan teman2 untuk join Party Ulangtahun Budiey.com yang ke-4... Semasa Ulangtahun ke-3, aku juge join parti ini, mmg meriah tp kali ni lebih meriah dgn kemunculan ramai selebriti dan ramai penaja yang turut menjayakan parti ini... Warna tema kali ini adalah hijau pucuk pisang... (^_*)

Sessi pendaftaran di buka pada jam 1.00pm dan parti dimulakan jam 2.00pm... Lbh kurg 120 pembaca Sensasi Selebriti yang join party kali ini... Majlis di hoskan oleh Tuah & Zizi dari Suria FM dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Hafiz Hamidun. Kemudiannya, diserikan dengan persembahan artis jemputan dan diselang seli dgn cabutan bertuah. Antara selebriti yang menjayakan Party ini adalah Heliza, Ning Baizura, Sabhi Saddi, Imran Ajmain, Farawahida, Farina dan ramai lagi... Enjoy da pic...

Hadiah Utama untuk cabutan bertuah adalah Blackberry Curve yang dimenangi oleh abgYan... seronok nya... BB Pin plzzz.,... hahahaha... memang berbaloi-baloi... Tahniah abgYan (^_*)


Dan... yang menjadikan ianya lebih meriah apabila 2 my BFF iaitu divaShy diumumkan sebagai Pembaca Paling Sporting dan abgMaman dinobatkan sebagai Pembaca Paling Cool... woowww!! Tahniah my BFF... (^_*)

Mana x sporting & cool kan, BFF ku itu juga siap di interview oleh Hip TV... untung ade kawan mcm mereka yang sentiasa boleh menghiburkan diriku... xoxo [Tetiba sedih plak... sob... sob...]


Setelah sesi terakhir iaitu Majlis Potong Kek, kami semua yg join diberi keistimewaan untuk menonton filem Khurafat yang diarahkan oleh Shamsul Yusof dan lakonan beliau sendiri bersama Liyana Jasmay... marilah berpusu-pusu ke pawagam berhampiran coz filem ni berunsur seram yang sangat fresh... Tahniah pada team Khurafat!!


Mmg betul2 enjoy dapat join Party ini lagi2 bersama BFF dan teman2... Thanks pada Budiey atas penganjuran party ini dan ucapan khas buat budi... Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke-4, semoga terus success dengan isu2 terkini lagi sensasi... All da best!!


:: JIKA KAU TAK DATANG ::

Sunday, January 9, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

08.01.11... Penuh xtvt aku bersama BFF dan teman2... tapi, aku nak ceritakan tentang sambutan birthday salah seorang BFF iaitu MakSireh...

Sebenarnya, perancangan ini di buat last minute oleh kami... Selepas party di Cineleisure tamat, kami terus decide untuk beli kek di Secret Recipe... Pilihan DivaShy & Angah ~Chocolate Fudge~... Pada mulanya, ingin surprise kan MakSireh selepas sahaja tamat rehearsal AJL di Bukit Jalil tetapi kami parking kereta jauh le plak... So, we all decide untuk kluar makan memandangkan semua perut dah berkeroncong termasuklah DivaShy yg angin dah naik sampai ke kepala (1st time tgk DivaShy mengerang kesakitan sebegitu)... Pada mulanya, MakSireh & AbgYan nak balik terus coz perlu balik awal... Tetapi, lepas berkomplot dgn AbgYan, rancangan dapat diteruskan... thnks AbgYan... btw, SisTina & SisAnya tak dpt join celebration ni coz badan dah terlalu letih... its ok sis, kami raikannya bagi pihak sis ya... ;)

Kemudian, kami semua (Mond, abgMaman, DivaShy, Angah, Kak J, Fzi, Sue & Norman) berkonvoi bersama2 ke McDonald (dah tu je yg paling dekat kaannn)... MakSireh, AbgYan, Miza & staff AbgYan pun juga menuju ke McD Sg Besi... Setibanya di McD, aku terus masuk ke McD & MakSireh dah ada di dalam... aku melayan MakSireh berborak bg mengelakkan perancangan dapat dihidu sambil yg lain2 menyalakan lilin di kereta... DivaShy yang membawa kek sambil di iringi oleh abgMaman, Kak J dan Angah terus masuk ke McD dan trus menyanyikan lagi "Happy Birthday" dan di akhiri dengan tepukan oleh semua yg berada di dalam McD, termasuklah pekerja2 McD... Fuuhhh, mmg happening!! Muka MakSireh mmg terperanjat giler... tgklah gambar2 yg sempat di rakam...

Daaannnn, kebetulan Che Min (Editor MH) dan Fazli Zainal berada di McD tersebut... So, Fazli siap buat kejutan menyanyikan lagu "Happy Birthday" buat MakSireh... bertambah gamat lah McD Sg Besi... hehehehe... terkelu MakSireh bile dapat kejutan tu... tak di lupe juga, Angah pun turut terkejut dgn kejutan tu sampaikan Air Milo boleh tumpah... hehehehe... Dan, semasa nak balik menuju ke kereta, Birthday Girl sempat mengabadikan gambar bersama Tomok yang juga mengisi perut di McD... Anywy, mmg enjoy sgt malam tu... yessss, segala perancangan berjalan lancar... yuhuuuu....

Selamat Ulangtahun Sayang My BFF ~MakSireh~... Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, panjang umur dan ceria sentiasa... Semoga friendship kita sentiasa berkekalan selamanya... Tetiba teringat plak lagu Adira ~Ku Ada Kamu~.... xoxo (^_*)

:: RASA ANTARA KITA ::

Friday, January 7, 2011

SERIBU KEMANISAN KK > CH > KL

Setiap tahun, aku sambut New Year di depan tv jer... tgk bunga api pun dalam tv jer... sgt malas untuk bersesak2 di luar... tak kisah lah if ade yg ckp, x de life la, x sosial lah, tapi itu yg wat aku selesa... ok jerr kan...

But...
Sambutan New Year 2011, aku bersama2 BFF ku meluangkan masa di Cameron Highland... Fuuhhh, sangatlah seronok bersama mereka... penuh rencah sepanjang perjalanan pergi dan balik serta sepanjang berada di Cameron Highland... semua kisah di ceritakan bersama... pahit, suka, duka dikongsi antara kami berlima... sesungguhnya, aku amat bersyukur pada Allah atas kurniaan abang2 & kakak2 yang sentiasa ada bersama... perkenalan yg wujud antara kami atas minat terhadap insan seni yang sama benar2 memberi erti dan merupakan peristiwa terpenting dalam hidup aku...


Oklah, kami memulakan perjalanan dari KK pada 31.12.2010 jam 3pm melalui Simpang Pulai... jalan melalui Simpang Pulai agak ok berbanding melalui Tapah... Penuh cerita dikongsi bersama BFF sambil menikmati sajian lagu-lagu dari Konsert Fantasia Tour Dato' Siti Nurhaliza... Cadangan untuk memasuki Geng Stars benar2 membuatkan Unser kami gamat... latihan vokal paduan abgMaman dan divaShy menggamatkan suasana sampaikan makSireh pening kepala coz gelak yg melampau termasuklah Angah yg tengah drive... btw, cara begini boleh menghilangkan mengantuk, betul tak Angah?? hehehehe

Kami tiba di Tanah Rata, Cameron Highland pada jam 5.30pm dan terus check-in di apartment... Setelah merehatkan diri, kami keluar pada jam 8.00pm untuk menikmati suasana malam di Cameron Highland... berjalan2 di sekitar night market di Brinchang, kami hanya mencuci mata coz da decide untuk memborong pada keesokan harinya... Rancangan untuk berkaraoke oleh abgMaman telah mendapat persetujuan semua namun agak hampa dengan pertanyaan masyarakat sekeliling termasuklah Aunty Minachi, karaoke centre terletak jauh dari Tanah Rata dan dibantu oleh Garmin GPS juga tidak berjaya... {Rupa-rupanya ada 1 pusat karaoke yang betul2 terletak di hadapan apartment kami yg makSireh perasan pada keesokan harinya... ada hikmah disebaliknya}

Lantas, kami decide untuk mengisi perut di sebuah kedai makan di Tanah Rata... kami menikmati yong tau fu yang sangat unik... hehehe... sambil borak2, kami mendapat msg inbox di FB, terdapat jemputan ke sebuah rakaman talk show bermula pada 3hb Januari 2011... Persetujuan telah dibuat untuk check out keesokan harinya bagi meluangkan masa untuk rakaman tersebut kerana hanya 3hb Jan sahaja yang membolehkan kami berkumpul bersama2 menonton rakaman tersebut...


Setelah kenyang makan malam, kami berbincang untuk celebrate New Year... lantas, cadangan dari makSireh telah diterima dan kami ke sebuah tempat seperti yang dicadangkan... sangatlah meriah sambutan New Year kami di sana... siap ada persembahan dari selebriti lagi... dan, sempat kami merakamkan gambar yang menunjukkan 2011 untuk koleksi sambutan New Year kami di Cameron Highland... Inilah gambarnya....


Disebabkan kegilaan di malam New Year, sebuah video untuk suka2 telah kami rekodkan iaitu Ketuk-Ketuk New Year... pada mulanya, hanyalah rakaman video biasa sahaja menunjukkan kerajinan divaShy & abgMaman di malam New Year, namun setelah di edit oleh Angah, ianya menjadi video yang menarik... claaazzzz sgt... thanks Angah!!


Keesokan harinya pada 01.01.11, kami bersiap2 untuk check out dan berjalan serta membeli belah di kawasan Strawberry Farm, Pasar Brinchang, Ladang Teh dan lain2... Kami hanya pergi ke beberapa tempat sahaja dan seperti biasalah, posing dan posing dan posing... membeli belah pun ala kadar sahaja... Enjoy da pic....






Then, kami bergerak turun dari Cameron Highland melalui Tapah... Fuuhhh, jalannya sangat la mencabar... Angah pun bawa slow jer... Mula2 agak kecoh dalam perjalanan... lama-kelamaan, suasana dalam Unser menjadi senyap... masing2 dah mula diam dan melelapkan mata... mungkin keletihan + kepeningan... Nasib baik penumpang saje yang fening... Sangat lama rasanya nak sampai ke bawah... sesampai jer bawah, kami berhenti di R&R Tapah bagi mengisi perut... barulah masing2 sedar yg semuanya x makan lagi selain beralaskan cekodok ketika breakfast... padahal, makan adalah perkara utama selalunya dalam apa jua xtvt kami... hehehehe...


Alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah makSireh jam 9pm untuk merehatkan diri coz esoknya ada xtvt lain yang akan disertai oleh kami... Sememangnya, perjalanan percutian yang cukup indah untuk dikenang dan akan tersemat untuk selamanya... xoxo

:: SERIBU KEMANISAN ::

Thursday, January 6, 2011

31122010

Hari Terakhir 2010...

Walaupun lewat saya mencoretkan xtvt pada hari terakhir di blog ini, tp ianya perlu untuk diabadikan di sini coz ianya merupakan kenangan terindah yang akan di ingati sampai bila2... Sebelum saya meneruskan celoteh tentang xtvt saya, ingin saya ucapkan TAHNIAH kepada Harimau Malaya yang telah mengharumkan Malaysia sehingga PM mengumumkan cuti umum pada 31.12.2010... Terima kasih!!

Actually, perancangan kami untuk sesi terjah ke kampung halaman di Kuala Kangsar salah seorang BFF (abgMaman) adalah perancangan last minute memandangkan cuti umum yang telah diberikan... pada mulanya plan untuk terjah ke rumah abgMaman diketuai oleh kepropaan divaShy dan dibantu sisTina... Namun, akhirnya kami maklumkan juga plan sebenar kepada abgMaman coz takut le plak kami da sampai ke KK, abgMaman ada xtvt lain plak... mau kami plak yang dikejutkan... hahahahaha...

Kami bertolak dari KL lebih kurang jam 11pm dan tiba di KK jam 2pm... Sepanjang perjalan, penuh ceritera oleh makSireh dan divaShy... seronok sangat perjalanan ke sana... Tak lupe juga buat Angah yang drive... Kami singgah sebentar di R&R Ladang Bikam untuk mengisi perut dgn makanan tajaan divaShy... sangat sedaaaaapppp... thanksss....


Setibanya di KK, kami di sambut mesra oleh abgMaman dan Ibu... seronok btul mendengar celoteh Ibu sambil kami dihidangkan dengan lau-pauk yang sangat sedap dan menyelerakan... Paling special adalah sambal belacan istimewa (divaShy minta resepi ok) + ikan sungai goreng + timun KK (gelaran oleh Angah) dan banyak lagi... nyum nyum...


Setelah kenyang makan... apalagi, aktiviti wajib iaitu bergambar lah kaaannn... enjoy da pic... seronok sangaaaaattt hari terakhir 2010 bersama BFF tersayang yang sentiasa ada di waktu susah dan senang... sayang koraaannggggg....


:: SEINDAH BIASA ::