Sunday, July 12, 2009

:: PPSMI, AKU, ALIN & MEREKA ::

PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012!! Berita ini telah diumumkan 2-3 hari lepas oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin... Apa yang membuatkan aku tertarik untuk mencoretkan sesuatu di blog ini adalah kerana ianya ada kaitan dengan aku & anak saudaraku, Alin... Let's read!!


Permulaan perlaksanaan PPSMI ini adalah pada tahun 2003 dimana aku berada di Tingkatan 1... Maka, bermulalah pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris... Sememangnya aku akui pada permulaannya agak susah untuk aku menyesuaikan diri... Kadangkala perkataan2 yg digunakan dalam subjek Sains & Matematik memang mengelirukan... Walaubagaimanapun, perlaksanaan PPSMI ini sememangnya telah memperbaiki & meningkatkan perbendaharaan Bahasa Inggeris aku... (",)

Pemansuhan PPSMI ini pula telah diumumkan beberapa hari yang lepas dan perlaksanaan sepenuhnya pada tahun 2012... Apa yang aku nak coretkan disini adalah tentang Alin yang kini berada di darjah 3 (2009)... Menjelang tahun 2012 (pemansuhan sepenuhnya PPSMI), Alin akan berada dalam darjah 6 dimana Alin akan menduduki peperiksaan UPSR... Bermakna soalan UPSR dalam Bahasa Malaysia... Selama 5 tahun (Darjah 1-5), Alin belajar subjek Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris & untuk jawab soalan UPSR nanti adalah dalam Bahasa Malaysia... Bolehkah Alin menyesuaikan keadaan tersebut?? Perkara inilah yang dibangkitkan oleh Kak Lang ketika kami berborak2 berkenaan PPSMI ini... Harapan aku, moga Alin & rakan2 seangkatannya dapat menghadapinya dengan cemerlang... Disinilah cabaran guru2 dalam menentukan kaedah pembelajaran yang sesuai dalam situasi ini bagi memastikan pelajar2 dapat memahami subjek yang di ajar secara keseluruhannya

Sebagaimana semua sedia maklum, bermula tahun 2012, subjek Matematik & Sains akan diajar dalam Bahasa Tamil bagi Sekolah Tamil... begitu juga dengan Sekolah Cina akan diajar dalam Bahasa Cina... Actually, Kak Lang berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, ada satu lagi isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang cikgu di sekolahnya... Untuk pelajar yang akan berada dalam darjah 6 pada tahun 2012 (seperti Alin), mereka akan mengalami lebih masalah... Selama 5 tahun, belajar dalam Bahasa Inggeris... Masuk darjah 6, belajar dalam Bahasa Tamil/Cina... Kemudian, bila masuk ke Sekolah Menengah, mereka perlu belajar dalam Bahasa Malaysia coz mana ada Sekolah Menengah Tamil or Cina... Huh! lagilah kelam kabut...

Coretan ini hanyalah pendapat aku & apa yg keluarga aku bincangkan bersama... Adakah aku salah faham dengan maksud atau perlaksanaan pemansuhan PPSMI ini?? Atau adakah kerajaan telah merancang strategi bagi pelajar2 yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun 2012?? Moga2 dengan pemansuhan PPSMI ini (jika ianya jalan terbaik yang difikirkan), sistem pendidikan negara akan lebih cemerlang di masa hadapan... Cuma sebarang keputusan yang dibuat, perlulah diteliti terlebih dahulu secara terperinci... Anywy, setiap perkara ada pro & kontra... Ianya bergantung bagaimana cara kita menghadapinya... (",)


:: CAHAYA SERIBU LIKU ::

8 comments:

<< s| tED| >> said...

ianya jadi bercelaru yek??

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

yup tedi, jika dilihat dari mata kasar, agak bercelaru kan... tetapi, mungkin pihak berkaitan ada pendekatan terbaik sebelum memutuskan sesuatu perkara... juz nak lihat apakah yg dimaksudkan perlaksanaan pemansuhan secara berperingkat2

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

selamat...selamat...hehehe :D

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

moge2 semuanya slmt k.norul (^_*)

ikiqzana said...

tapi iqbal susah la sikit.. bercelaru dari segi belajar nnti.. takut x dpt menyesuaikn diri..

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

tu lah kan k.zana... cuma dgr radio pg td, subjek sains & matematik akn di ajar dlm dwibahasa... fuh!! agak complicated gak la...

Precious said...

Lambat komen tp nak komen gak! Akak tak stuju ngan pembubaran ini. Jangan bubarkan sebab dah jauh berjalan. Tak kan nak balik ke titik permulaan. Noooo! Memang ada kelemahan tp tentu blh diperbaiki. Perbaiki! But not mansuhkan! Terancam kah BM dek PPSMI? Noooo! Kalau nk memartabatkan BM, go ahead! Tambah lah waktu or what so ever. Tapi jangan mansuhkan PPSMI. Kesian anak2 haku ...

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

btul gak pendapat akk tu... yg jd mangsa dalm perkara ni adalah student2 kan... bercelaru pembelajaran diorg... dah selesa ngan BI, nak sesuaikan BM plak... idea guru2 pun amat diperlukan bg menentukan kaedah pembelajaran terbaik untuk student2