Thursday, July 9, 2009

:: AKU KE KOLEJ ::

Setelah lama berehat @ cuti semester, maka bermulalah aktiviti ku sebagai student semula untuk semester baru... 8 July 2009 bersamaan hari Rabu, tepat jam 8.30am aku keluar dari rumah dgn azam yang tinggi untuk ke KPTM bg register new semester (semester 3)... cheewwaahhh!!

Setibanya di kolej, aku berjumpa dgn rakan2 ku iaitu CT Nurliza, Nadia, Azu, Asoon serta Khaty & da geng... But, sepanjang registration, aku selesaikan dari A to Z bersama CT, Nadia & Azu... Alhamdulillah, untuk pendaftaran new semester, semuanya berjalan dgn lancar... (",)

(Sedang mengisi borang, tetap nak posing)

(Khusyuknya isi borang)

(Azu, x leh tiru lah.... hehehehe)

Walaubagaimanapun, semua student yg mendapat tajaan MARA dikehendaki utk membuka CIMB akaun, maybe lps ni pembayaran akan terus dimasukkan terus ke dalam akaun CIMB & tidak lagi menggunakan cheque seperti skrg nie... So, CIMB ada buka kaunter masa hari pendaftaran, kenalah beratur sepanjang2nya... yg agak frust tu, time we all nak sampai dekat je ke kaunter, kad ATM plak abis, kenalah tunggu petang... argghhh!! tensen jer

Tensen nya adalah sbb we all dah booking tuk karok @ Red Box Sogo kul 2pm.... Disebabkan ada yg x settle lagi... kami melupakan hasrat kami itu... Selesaikan semuanya hari tu juga lebih mudah... Mulanya, kami dimaklumkan pembukaan akaun CIMB x bleh dilakukan di bank kerana ada kod khas, then pada hari pendaftaran, boleh plak di buka di bank dgn syarat deposit RM50... ish, macam2 lah... ok jer if nak deposit RM50, duit kita gak but dah alang2 buka kaunter @ KPTM, tunggu jelahhh.... ;)

(Kami berempat memakai baju warna pink tanpa dirancang,
inilah dinamakan sehati sejiwa.... wakakaka)

Sementara menunggu waktu petang, kami pergi menyantap terlebih dahulu bagi memenuhi tuntutan perut... hehehe... then, kami menunggu di bilik oren... Kami mmg suka dok di sini coz bilik ni sgt selesa untuk bergosip... wakakaka... Actually, kami stay di bilik oren ni bersebab, kami nak merungkaikan konflik antara kami & seorang kawan kami sepertimana di N3 bertajuk "Perang Persahabatan"... Kami ingin menyelesaikan secara baik agar perhubungan tersebut dpt diteruskan... yalahkan, dah lama berkawan, xkan nak akhirkan persahabatan yg ada begitu sahaja... Buang yang keruh, ambil yang jernih...

(Menunggu dan terus menunggu)

Walaubagaimanapun, niat kami untuk berkonfrantasi bersama insan tersebut tidak kesampaian... Ada hal katanya but alasan yang diberikan amatlah tidak rasional... Apapun, kami dah cuba untuk pastikan konflik ni berakhir tp bila pihak yang lain tidak mahu menyelesaikannya, kami x boleh nak berbuat apa... mungkin di lain masa, konflik ni dapat diselesaikan... harap2 lah kan... (^_*)

(Yeaahhh!! posing lagi)

(Aku & CT ttp tersenyum di depan kamera walaupun penat menunggu)

(Mira, Nadia & 2 artis top yg gambarnya tidak mahu dirakam.... hehehe)

Then, dalam kul 2pm, kitorg beratur semula untuk open akaun CIMB & xlah ramai sangat masa tu... Semuanya dapat di settle kan setengah jam kemudian... Alhamdulillah, segalanya selesai dgn jayanya... (",) So, skrg tgh tunggu jadual & kelas akan bermula pada 14 July 2009... (",)

:: DI TAMAN TEMAN ::

14 comments:

<< s| tED| >> said...

bz menregisterkan diri yek..
kelas mula 14hb.. lambat lg lah ek! eh eh.. minggu depan..

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

xdelah bz sgt... ok2 jer... yup, start klas next week... fuh! agak kemalasan gak... ;)

Precious said...

Hakupun nak ke CIMB ni. Nak bukakan akaun untuk my anak2 ...

Siti June said...

hehehe...
june lama ag...
bulan 8 reg..
xsabar nak jumpa kawan2...
xmo jumpa lecturer...hahaha

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

{Precious}

Teruskan niat anda itu... menabung untuk menjamin masa depan... hehehe... (^_*)

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

{June}

Oooo, lbh kurg sebulan lg la b4 reg yer... btul btul btul, sama lah kiterr!!! hehehe

Shida said...

teha..smoga azam this semester lebih kuat erk..jgn leka dengan blog sajer..kah kah kah..muahkkssssssssss

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

hehehe... thnx k.shida... tu lah, mmg addicted sgt dgn blog ni... anywy, study akn tetap diutamakan... (^_*)... muaaaahhhh!!

Sathes Kumar said...

rindu ar zaman maktab....

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

ya satesh... memori masa study mmg best kan!!

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

rindu nyer..nak patah balik masa :(

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

K.Norul, sronokkan if leh patah blk masa... ;)

Diyashariza said...

hahaaaa
ske2 time nie..
cam best sgt..
tp byk yg d'rcng x m'jd..
huhuu

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

sronok kan...
tp x dpt kita nak meletupkan bilik oren tu kan... hehehe ;)