Saturday, July 18, 2009

:: SHARING IS CARING ::

Dah genap seminggu aku x update blog kesayanganku ini... nak jengah blog member2 pun cuma beberapa org jer berkesempatan... Sorry kengkawan!! maklumlah, br je register tuk semester baru... so, adalah beberapa perkara nak di settle kan & blk umah je, badan da letih...

Memandangkan weekend ni free & xde apa2 xtvt, aku nak settlekan plak hutang2 di blog aku ini... sory frenz coz lambat menyiapkan tugasan yg diberikan... huhu

:: TUGASAN 1 - TAG OLEH TEDI ::

Tugasan ni tlh di tag dengan seikhlas2nya oleh Tedi... Aku akan menjawab 30 soalan ni dgn sejujur2nya... Huh! Tedi ni sememangnya aktif update blog die, evryday ada jer cerita yg nak di share... sila2lah jengah ke blog Tedi *Click Here*

1. Bekas kekasih saya adalah :
Huh! Baru je soklan pertama dah soklan cepucemas... No komen!!
Hikhikhik

2. Saya sedang mendengar :
Lagu2 di Stesen Internet Radio CTFM... Laayyaaannnn!!!
Nak promote gak http://ctfm.webs.com

3. Mungkin saya patut :
Spend lbh masa utk study supaya tidak menyesal di kemudian hari... maklumlah, br register new semester, mood study masih berada di tahap tertinggi!!

4. Saya suka :
Membaca + Makan + Tidur

5. Sahabat-sahabat baik saya :
Adalah semua sahabat yang sentiasa berada keliling saya ketika susah & senang... nak sebut satu2, ramai sgt plak (^_*)

6. Saya tak faham :
Kenapa jadual semester baru sedemikian rupa... start klas di pagi hari, break yg lama di tengahari & abis klas di ptg hari @ 5-6pm... huh!! saje je nak suruh kami betapa di kolej itu!!

7. Saya kehilangan :
Pandangan mata yg perfect 100% tanpa cermin mata di awal umur 7 tahun... saya memerlukan bantuan spec sehingga kini... huhu!!

8. Ramai yang kata :
Diri saya semakin "membesar bagai johan"
sob... sob... sob...

9. Makna nama saya :
Nor Fatehah bermakna cahaya pembukaan... Nama ni adalah nama terakhir yg diberi oleh arwah atok sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir... Al-Fatihah untuk arwah atok!!

10. Cinta itu adalah :
L.O.V.E

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Mengendalikan radio CTFM yg bernama Khyree Karim
(sambil mendengar CTFM)

12. Saya akan cuba :
Untuk meningkatkan CGPA dalam exam semester ini!!
chaiyok! chaiyok!

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Infiniti

14. Telefon bimbit saya :
Nokia 6120c... Adakah kepunyaan saya... huhu!!

15. Bila saya terjaga dari tidur :
Saya akan capai handphone, matikan alarm & tido semula!! huhu

16. Saya paling meluat bila :
Di depan mata ini melihat perlakuan insan yg terlalu mengada2 @ menggedik... menyampah!! (maaf, emo skejap)

17. Pesta/Parti adalah :
Majlis untuk bersuka ria
(Pandai2 lah jaga diri ye bila berpesta/parti)

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
Maaf... Tiada!!

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Zaman kanak-kanak... rasa free jer!!

20. Hari ini :
Kau datang riang, tersenyum buatku senang,
kau hias dirimu, membuat hati bertambah sayang
(Teringat lagu Hari Ini & Semalam..wakakaka)

21. Malam ini saya akan :
Dah malam dah... (^_*)

22. Esok saya akan :
Bangun lewat coz mlm ni da tido lewat!! Cuti pun kan!! huhu

23. Saya betul-betul inginkan :
Keputusan yang lebih cemerlang dalam semester ini & semester2 akan datang... Amin!!

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
Saya merasakan wajah saya masih sama seperti semalam

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
Jaya Jusco, Tesco, Sogo

26. Makanan barat atau Jepun :
Spaghetti + Pasta (Apa2 jenis mskn pun)... Makanan Jepun x suka... huhu!

27. Bilik yang terang atau gelap :
Terang time study! Gelap time tido! huhu

28. Makanan Segera adalah :
Makanan yg di order melalui telefon & dihantar oleh seseorang beberapa minit kemudian... Hanya perlu sediakan duit sahaja!! (Money talk!!)

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
"Bestnya lagu ni, dah lama x dgr", kata ku kepada Kak Lang yg sedang membaca novel

30. Siapa yang anda mahu TAG?
Ahlamak!! soklan ni yg aku x brape minat sgt nak jawab... Setelah aku berfikir selama 3 saat, sesiapa yg ada msa terluang, jawablah tag ni ek... sharing is caring!! (^_*)

.........................................................

:: TUGASAN 2 - AWARD OLEH LEEYA ::

Tugasan kedua ini merupakan award yg diberi oleh Leeya... Dalam award ni ada tugasan yang perlu diselesaikan... Thnx Leeya for da award!! Sila2lah lawat ke blog Leeya *Click Here*

1. Letakkan logo award ini ke blog anda


2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra
Aku paling lemah kalau nak specifickan penerima award nie... So, kepada sesiapa yg dah baca N3 ni, silalah collect award nie... Ambik, jgn x ambik... Nanti kecik ati aku... huhu

3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
?????

4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
Aku x specific kan nama... So, pada sesiapa yg membaca N3 ni, jgn segan2 tuk ambik yer!!


5. Berbagi cinta & sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.
Thanx Leeya!! Really appreciate it!!
Slalu lah mendarat kat blog te-are yer!!

Ini ada special friendship card untuk pemberi award ni... Leeya!!


:: NIAN DI HATI ::

Sunday, July 12, 2009

:: PPSMI, AKU, ALIN & MEREKA ::

PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012!! Berita ini telah diumumkan 2-3 hari lepas oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin... Apa yang membuatkan aku tertarik untuk mencoretkan sesuatu di blog ini adalah kerana ianya ada kaitan dengan aku & anak saudaraku, Alin... Let's read!!


Permulaan perlaksanaan PPSMI ini adalah pada tahun 2003 dimana aku berada di Tingkatan 1... Maka, bermulalah pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris... Sememangnya aku akui pada permulaannya agak susah untuk aku menyesuaikan diri... Kadangkala perkataan2 yg digunakan dalam subjek Sains & Matematik memang mengelirukan... Walaubagaimanapun, perlaksanaan PPSMI ini sememangnya telah memperbaiki & meningkatkan perbendaharaan Bahasa Inggeris aku... (",)

Pemansuhan PPSMI ini pula telah diumumkan beberapa hari yang lepas dan perlaksanaan sepenuhnya pada tahun 2012... Apa yang aku nak coretkan disini adalah tentang Alin yang kini berada di darjah 3 (2009)... Menjelang tahun 2012 (pemansuhan sepenuhnya PPSMI), Alin akan berada dalam darjah 6 dimana Alin akan menduduki peperiksaan UPSR... Bermakna soalan UPSR dalam Bahasa Malaysia... Selama 5 tahun (Darjah 1-5), Alin belajar subjek Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris & untuk jawab soalan UPSR nanti adalah dalam Bahasa Malaysia... Bolehkah Alin menyesuaikan keadaan tersebut?? Perkara inilah yang dibangkitkan oleh Kak Lang ketika kami berborak2 berkenaan PPSMI ini... Harapan aku, moga Alin & rakan2 seangkatannya dapat menghadapinya dengan cemerlang... Disinilah cabaran guru2 dalam menentukan kaedah pembelajaran yang sesuai dalam situasi ini bagi memastikan pelajar2 dapat memahami subjek yang di ajar secara keseluruhannya

Sebagaimana semua sedia maklum, bermula tahun 2012, subjek Matematik & Sains akan diajar dalam Bahasa Tamil bagi Sekolah Tamil... begitu juga dengan Sekolah Cina akan diajar dalam Bahasa Cina... Actually, Kak Lang berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, ada satu lagi isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang cikgu di sekolahnya... Untuk pelajar yang akan berada dalam darjah 6 pada tahun 2012 (seperti Alin), mereka akan mengalami lebih masalah... Selama 5 tahun, belajar dalam Bahasa Inggeris... Masuk darjah 6, belajar dalam Bahasa Tamil/Cina... Kemudian, bila masuk ke Sekolah Menengah, mereka perlu belajar dalam Bahasa Malaysia coz mana ada Sekolah Menengah Tamil or Cina... Huh! lagilah kelam kabut...

Coretan ini hanyalah pendapat aku & apa yg keluarga aku bincangkan bersama... Adakah aku salah faham dengan maksud atau perlaksanaan pemansuhan PPSMI ini?? Atau adakah kerajaan telah merancang strategi bagi pelajar2 yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun 2012?? Moga2 dengan pemansuhan PPSMI ini (jika ianya jalan terbaik yang difikirkan), sistem pendidikan negara akan lebih cemerlang di masa hadapan... Cuma sebarang keputusan yang dibuat, perlulah diteliti terlebih dahulu secara terperinci... Anywy, setiap perkara ada pro & kontra... Ianya bergantung bagaimana cara kita menghadapinya... (",)


:: CAHAYA SERIBU LIKU ::

Thursday, July 9, 2009

:: AKU KE KOLEJ ::

Setelah lama berehat @ cuti semester, maka bermulalah aktiviti ku sebagai student semula untuk semester baru... 8 July 2009 bersamaan hari Rabu, tepat jam 8.30am aku keluar dari rumah dgn azam yang tinggi untuk ke KPTM bg register new semester (semester 3)... cheewwaahhh!!

Setibanya di kolej, aku berjumpa dgn rakan2 ku iaitu CT Nurliza, Nadia, Azu, Asoon serta Khaty & da geng... But, sepanjang registration, aku selesaikan dari A to Z bersama CT, Nadia & Azu... Alhamdulillah, untuk pendaftaran new semester, semuanya berjalan dgn lancar... (",)

(Sedang mengisi borang, tetap nak posing)

(Khusyuknya isi borang)

(Azu, x leh tiru lah.... hehehehe)

Walaubagaimanapun, semua student yg mendapat tajaan MARA dikehendaki utk membuka CIMB akaun, maybe lps ni pembayaran akan terus dimasukkan terus ke dalam akaun CIMB & tidak lagi menggunakan cheque seperti skrg nie... So, CIMB ada buka kaunter masa hari pendaftaran, kenalah beratur sepanjang2nya... yg agak frust tu, time we all nak sampai dekat je ke kaunter, kad ATM plak abis, kenalah tunggu petang... argghhh!! tensen jer

Tensen nya adalah sbb we all dah booking tuk karok @ Red Box Sogo kul 2pm.... Disebabkan ada yg x settle lagi... kami melupakan hasrat kami itu... Selesaikan semuanya hari tu juga lebih mudah... Mulanya, kami dimaklumkan pembukaan akaun CIMB x bleh dilakukan di bank kerana ada kod khas, then pada hari pendaftaran, boleh plak di buka di bank dgn syarat deposit RM50... ish, macam2 lah... ok jer if nak deposit RM50, duit kita gak but dah alang2 buka kaunter @ KPTM, tunggu jelahhh.... ;)

(Kami berempat memakai baju warna pink tanpa dirancang,
inilah dinamakan sehati sejiwa.... wakakaka)

Sementara menunggu waktu petang, kami pergi menyantap terlebih dahulu bagi memenuhi tuntutan perut... hehehe... then, kami menunggu di bilik oren... Kami mmg suka dok di sini coz bilik ni sgt selesa untuk bergosip... wakakaka... Actually, kami stay di bilik oren ni bersebab, kami nak merungkaikan konflik antara kami & seorang kawan kami sepertimana di N3 bertajuk "Perang Persahabatan"... Kami ingin menyelesaikan secara baik agar perhubungan tersebut dpt diteruskan... yalahkan, dah lama berkawan, xkan nak akhirkan persahabatan yg ada begitu sahaja... Buang yang keruh, ambil yang jernih...

(Menunggu dan terus menunggu)

Walaubagaimanapun, niat kami untuk berkonfrantasi bersama insan tersebut tidak kesampaian... Ada hal katanya but alasan yang diberikan amatlah tidak rasional... Apapun, kami dah cuba untuk pastikan konflik ni berakhir tp bila pihak yang lain tidak mahu menyelesaikannya, kami x boleh nak berbuat apa... mungkin di lain masa, konflik ni dapat diselesaikan... harap2 lah kan... (^_*)

(Yeaahhh!! posing lagi)

(Aku & CT ttp tersenyum di depan kamera walaupun penat menunggu)

(Mira, Nadia & 2 artis top yg gambarnya tidak mahu dirakam.... hehehe)

Then, dalam kul 2pm, kitorg beratur semula untuk open akaun CIMB & xlah ramai sangat masa tu... Semuanya dapat di settle kan setengah jam kemudian... Alhamdulillah, segalanya selesai dgn jayanya... (",) So, skrg tgh tunggu jadual & kelas akan bermula pada 14 July 2009... (",)

:: DI TAMAN TEMAN ::

Wednesday, July 8, 2009

:: HUTANG x 2 ::

Dah beberapa hari aku x update blog... nak kata bz xdelah sgt, tgh settle kan beberapa kerja sebelum register tuk Semester 3... Sebelum aku membuat coretan ttg xtvt aku disini, aku nak settle kan hutang rakan blogger ku...!!

HUTANG 1 : AWARD
Yahoo... Aku dapat award lagi! kali nie aku terima award dari DIR... Thnx DIR for da award!!

1. Letak award di blog:
Inilah award yg diberi oleh DIR... thnx yaaa!!!
(Click award untuk ke blog DIRFARA)
Silalah ziarah, nice blog to read!!

2. Beri award ni kepada 10 blogger yang rapat dengan anda atau yang anda senangi dan memberi inspirasi kepada anda:
Sebelum nie aku bagi award secara general jer...
So, this time aku nak specifickan penerima award nie:

1. Khaty

2. Sis Tedi
3. Kak Zana
4. Myra Rahman
5. Myra Amin
6. Kak Shida
7. Leeya
8. Siti June

9. Ibu Umairah
10. Lily-Precious


3. Memberitahu penerima award ni dengan memberikan komen di blog mereka...
Diorang akan jenguk sendiri kat blog nie.... hehehehe!!!

............................................................................

HUTANG 2 : TAG
Hutang kedua nie adalag tag dari DIR & KAK SURIA... Ini adalah tag yang pertama dari mereka berdua... Akan ku jawab tag nie seikhlas mungkin... hehehehe ;)

Create a new note, copy and paste this message, delete my answers and type in yours. Then tag 21 good friends and family INCLUDING the person who tagged you. The theory is that you will learn one new thing about each of your friends


THREE NAMES I GO BY
1. Teha/Te-are (Ni member2 panggil)
2. Ate (Ni family panggil... kadang2 Adik)
3. Mond (Ni adalah nickname ku di alam maya especially antara SitiZoners & DFC)

THREE JOBS I HAVE HAD IN MY LIFE
1. Clerk @ Post Office (sementara tunggu result SPM)
2. Tido
3. Makan

(Aku still study lagi, so hanya ada 1 jer experience keje)

THREE PLACES I HAVE LIVED
1. No. 43, Taman Sri Desa (Umah my parents)
2. No. 50, Taman Sri Desa (Umah Mak Long ~ aku tinggal masa kecik time parents g keje)
3. Pandan Jaya (Stay ngan my bro skrg)

THREE TV SHOWS THAT I WATCH
1. America's Next Top Model
2. The Biggest Looser
3. Are You Smatter Than a 5th Grader

THREE PLACES I WANT TO GO (right now)
1. Masuk bilik
2. Ke atas katil... tido daaaa!!
3. .............
(Skrg xde plan nak g mana2, N3 ni disiapkan waktu malam)

THREE OF MY FAVORITE FOODS..
1. McDonalds
2. Chocolate
3. Nasi Goreng Pattaya
(Semuanya menyumbang % lemak yang tinggi... hahaha)

THINGS I AM LOOKING FORWARD TO
1. Belajar rajin2... naikkan pointer... Amin!!
2. Kumpul duit banyak2... ekekeke
3. Kumpul kawan ramai2.... yeaaahhhh!!


THREE PETS THAT YOU HAVE OWNED

1. ...............
2. ...............
3. ...............
(Tiada!! kerana kemalasan yang sering melanda diriku)

THREE FRIENDS WHO WILL REPLY
1.?

2.??
3.???

THREE FAVORITE BANDS/SINGERS (for now)
1. Dato' Siti Nurhaliza
2. Dafi
3. Celine Dion

THREE FAVORITE SPORTS TO WATCH
1. Gymnastic
2. Basketball
3. Swimming

THREE FAVORITE DRINKS
1. Laici
2. Milo Ais
3. Tembikai Laici

IM TAGGING:
Setelah difikirkan, aku serahkan tag ni kepada sesiapa yg membaca N3 nie & berminat untuk share info tentang diri anda dengan semua blogger!! Silakan!!

:: JAWAPAN DI PERSIMPANGAN ::

Sunday, July 5, 2009

:: FAMILY GATHERING ::

Tarikh : 04.07.09 (Sabtu)
Lokasi : Rumah Uteh, Kampung Tongkah
Function : Kenduri Arwah + family gathering

Dah lama rasanya x berkumpul sama2 dgn family sebelah abah... Sejak arwah atok & nenek takde, jarang kami berkumpul ramai2, kalau ada pun cuma time raya jer... tu pun, x semua ada... So, dgn adanya kenduri arwah ni, dpt lah kami berkumpul ramai2, this time hampir semua ada & my cousin pun ramai yg dtg kali nie... syoknye dapat bertukar2 cerita!!

Kenduri di adakan pada jam 12 tengahari... So, awal2 pagi kami dah berkumpul di rumah Uteh... Seronok btul dok umah Uteh, kawasan mmg lapang & angin bertiup sepoi2 bahasa... chewwaaahhh!! so, aktiviti memasak & mengumpat sana sini pun berjalan dgn lancar... selesa jer... ekekeke... (^_*)


Enjoylah tgk gambar2 ku ini yg sempat di capture, x bnyk sgt gambar coz excited sgt berborak dgn saudara2 ku... ;)



(Aktiviti memasak sambil bergosip... hehehe)

(Sememangnya menu yg paling cepat habis)

(Orang2 kuat disebalik penyediaan menu itu)

(Dengan khusyuknya sambil tersenyum)

(Orang Kesihatan pun ada,
pasti terjamin kebersihannya, abah ku laaa... hehe)

(Majlis belum bermula laaa,
mana bleh menyantap..... hehehehe)

(Penyedia minum... credit to him ;p)

(Sedang menunggu ikan bakar sambil borak2)

(Kak Lang tetap nak enterframe)

(Seronoknya moment sebegini)

(Ayong yg sentiasa melayan kerenah Lisa)

(Tukang masak handalan family besar kami,
Andak & Endek)

(Alin sedang melantak ayam goreng... hehe)

(Orang kuat di balik tabir)

(Lisa yg sentiasa lapar, makan dulu)

:: DIARI HATIKU ::

:: GRAMMY AWARD?? ::

AWARD PERTAMA
Aku terima award lagi dari K.Zana... Award nie adalah special award sempena Birthday K.Zana yg diberikan pada semua blogger friend yg wish her birthday... Thnx K.Zana!! Semoga K.Zana sentiasa bahagia didalam kehidupan, ceria bersama family tersayang & dimurahkan rezeki... (^_*)

.....................................................................

AWARD KEDUA

1. Copy badge "Vespa Blogger Award Friendship" di bawah untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Pemberi award ini adalah lily-precious, seorang rakan blogger yg sgt aktif berblogging... Merupakan seorang guru Matematik [my fav subject]... (^_*)... Thanx ya!!

3. Setiap blogger perlu menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
Fakta/hobi aku pernah di buat pada 16th May 2009... so, info ttg diriku ada di link ini... ~Tagged oleh Fieyna & Kak Zana~

4. Anda perlu memilih 6-7 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda
Award vespa nie aku dedicate tuk semua reader yang membaca entry nie... Sesiapa yg dah baca smpi akhir, dengan sukacitanya silalah collect award nie yer... (^_^)

:: Seindah Biasa ::

Friday, July 3, 2009

:: 2 JAM @ LOW YAT ::

Aku pergi ke Low Yat dgn beberapa tujuan tertentu & tidak tentu... Dalam kepala, dah tersenarai beberapa barang yang akan dibeli... As usual la, setibanya di Low Yat, aku & Angah akan round2 dulu, survey apa yg patut, mengumpat sana sini, berdiskusi ttg barang yg nak dicari dan sebagainya... Setelah puas berjalan & survey, barulah kami ke destinasi pilihan... yeah!!

PERTAMA : Mini Notebook
Inilah dia mini notebook yg kami beli untuk Kak Lang... Angah aku mmg dah lama aim untuk memiliki mini notebook nie, katanya smart jer & mudah di bawa kemana sahaja... Then, Kak Lang pula berhasrat untuk memilikinya... Apalagi, Angah aku terus sambar mini notebook ni untuk Kak Lang... Setelah memilikinya & menggodek2 apa yg patut, sememangnya mini notebook ni amatlah comel & boleh tahan la features nya... Angah upgrade RAM ke 2GB, so better skit... ;) I like it too... (^_*)

Seperti biasa, if beli notebook, penjual tu akan bagi gift... Masalahnya gift ke?? padahal die da siap charge da dgn harga notebook tu skali... Siap kata lg tu, if u x nak gift, i potong harga RM30... perlu ke gift ada charge2 sebegitu?? biasalahkan, dulu masa beli aku nye notebook kat PC Fair pun camtu gak... ntah apa2 ntah... hehehe... Gambo atas tu gift yang di beri, ada 7 kesemuanya... kalau di kira balik harga gift tu, cecah gak lah kan RM30... btw, aku layankan gak lah... chitt poodaaahhh!!(^_^)

KEDUA : Backpack for laptop
Ini adalah apa yg aku aim... Dari awal2 masa aku memiliki lappy sendiri, mmg nak beli backpack nie... nampak cam smart jer... setelah menghitung segala duit & bajet, akhirnya aku dpt memiliki backpack ini untuk lappy kesayanganku... pada mulanya, nak grab yg warna pink... but, fikir blk aku nak guna ari2, takut kotor ler plak & 1 more thing, bawa bag pink g kolej, nanti jd perhatian plak... aku kan low profile... {kpd teman2 ku di kolej, sila jgn gelak yer dgn statement ku ini}... ekekeke... so, aku ambik warna brown + pink (bhgn dalam)... backpack ni ada life warranty, tu yg best... (^_*)

KETIGA : Wireless Router
Memandangkan adanya pertambahan laptop, Angah telah decide untuk beli wireless router ni... So, senang lah nak on9... xdelah berebut2 tunggu queue... Kini, aku boleh on9 dimana sahaja... yahoo!! (^_^)

~THE END~