Monday, June 29, 2009

:: SEINDAH BIASA ::

Sudah lama aku memerhatikan beliau, mengikuti perkembangan beliau, menyaksikan segala kejayaan beliau & menonton aksi beliau di merata tempat... Tetapi, semuanya adalah dari jauh sahaja... Lebih kurang 3 bulan yg lepas, aku terbaca artikel dalam sebuah portal hiburan yang mengatakan beliau akan mengadakan sebuah konsert di Istana Budaya... hatiku terus terdetik untuk menyaksikan konsert beliau secara live memandangkan masa & keadaan yg amat sesuai untuk aku merealisasikan impian ku itu... kemudian, setelah pelancaran konsert tersebut berlangsung & tempahan tiket dibuka, aku terus ke laman web ticket2u untuk membuat tempahan...

Sebulan lamanya aku menunggu, akhirnya hari yang dinanti tiba jua... Tanggal 27 Jun 2009 (Sabtu), aku menuju ke Istana Budaya bagi menyaksikan Konsert Eksklusif "SATU" Dato' Siti Nurhaliza... yahoo, impianku menjadi kenyataan & segalanya berjalan dgn lancar...

(Antara wardrobe yang pernah di pakai oleh DCT)

:: PANDANGAN PERIBADIKU ::
Sebagai seorang peminat yg meminati beliau sejak dulu lagi, pastinya konsert ini sangat memberi seribu makna kerana ianya menunjukkan perjalanan seni DCT dari dulu hingga kini... Konsert ini yang mengenengahkan konsep teaterikal sememangnya penuh dgn emosi yg mendalam, jalan cerita yg simbolik & persembahan yang amat mengkagumkan...

Persembahan DCT dalam konsert ini sgt brilliant dgn vokal yang sgt dasyat, tarian yang bertenaga & komunikasi dgn penonton yang sgt bersahaja... DCT sememangnya seorang penghibur yang sgt brilliant dalam setiap performance yang dilakukan... 1 more thing, apa yang aku sgt kagum dgn DCT adalah beliau sgt2 menghargai setiap seorg dari peminat yang hadir... I was truly mesmerized with her performance!! Her vocal power is still strong as ever!!

Bukanlah aku terlalu mengagungkan DCT, tetapi komen aku ttg konsert tersebut adalah secara rasional yang ikhlas aku coretkan... beliau berhak untuk menerima pujian atas usaha keras beliau selama ini khususnya ttg konsert di IB... Superb! Brilliant! Great!... Tahniah DCT!!

:: PENGALAMANKU ::
Antara kenangan terindah yang aku perolehi di konsert DCT ini adalah dapat berjumpa dgn mereka yg sentiasa berada di belakang DCT... Peminat DCT yang datang dari luar & dalam negara amat warm & friendly... Selama ini aku hanya berinteraksi dgn mereka di alam maya, tetapi pada malam konsert tersebut, kami dapat bersua muka & mengenali antara satu sama lain... Thnx guyz, nice to meet everyone of u!!

(Bersama Kak Ida & SitiZoners dari Singapore ~Khai, Liah & Zamel~)
...Akhirnya bersua juga...

Aku mmg sgt2 berpuas hati dengan konsert ini... banyak kenangan terindah yang aku perolehi disini... Harapanku, semoga DCT akan terus berkarya dalam dunia seni ini & sentiasa berjaya dalam apa jua yang beliau lakukan

~THE END~

Friday, June 26, 2009

:: MISSION 25.06.09 ::

Tarikh : 25.06.09 (Khamis)
Lokasi : KPTM Cheras
Kehadiran : Aku, Nadia, Khaty, Shasha
Kehadiran tambahan : Kawan Shasha

Misi ini sebenarnya telah di rancang oleh Ms Nadia a.k.a Nadia Tonggek... Tujuan misi ini adalah untuk berjumpa dgn lecturer {Madam H} bagi meluahkan perasaan tentang ketidakpuasan hati terhadap grade yg diperolehi {subjek CS} dalam result yg baru sahaja di terima...

Aku a.k.a Teha BamBam & Khaty a.k.a Dolphin a.k.a PrincessKawaii telah berjumpa di LRT Pandan Jaya seawal jam 8.30 pagi... giler semangat, awal tu... Kemudian, kami meneruskan langkah ke KPTM dan terus menuju ke bilik oren... Lebih kurang 15 minit, ketibaan ketua projek {Ms Nadia} dgn muka yg ketat & sgt berkobar2 untuk berjumpa dengan Madam H... Disebabkan perut yang berkeroncong, Ms Nadia decide untuk mencekik terlebih dahulu untuk mengumpul tenaga sebelum meneruskan protes ini... As usual, kami memenuhkan perut di kedai Mak Azu a.k.a Kakak Teha...

(Muka sebelum misi berjalan)
(...Khaty...Te-are...Nad...)

Setelah perut sudah diisi, kami meneruskan misi menuju ke bilik Madam H... Baru je nak bagi salam, misi kami terhenti seketika kerana nervous yg melampau2... takut wei nak jumpe Madam H untuk meluahkan ketidakpuasan hati... Bagi meredakan keadaan, kami relax seketika di hadapan bilik lecturer sambil2 menunggu ketibaan seorang lagi ahli iaitu Shasha... Sementara menunggu Shasha, kami pun menyusun ayat untuk dituturkan di hadapan Madam H nanti... Yang paling x tahan tu, Ketua projek {Ms Nadia} siap telefon emak dia untuk minta skrip yg sesuai untuk dilafazkan pada Madam H... Emak Nadia berpesan kepada kami supaya membaca Ayat Kursi sebanyak 7 kali sebelum melangkah masuk ke bilik Madam H...

Tidak lama kemudian, Shasha pun tiba bersama rakannya {lupelah nama die...sowiii}... Then, misi diteruskan... sambil membaca Ayat Kursi dan selawat, kami pun memberi salam dan masuk ke bilik Madam H...

Madam H menyambut kami dengan senyuman yang paling manis semanis madu & kurma... Aku memulakan kata2 sambil membuat muka seposen dan seterusnya disambut oleh kawan2 ku yg membuat muka 20 sen... hujah demi hujah kami lontarkan, kami utarakan, kami perdebatkan... namun, ada sahaja alasan yang diberikan oleh Madam H terhadap hujah2 kami... Ayat yang paling membuatkan kami tersentap adalah apabila Madam H menyuarakan "saya dah malas nak fikir pasal result ni semua, hanya ini yang boleh saya bagi untuk student kelas saya, bagi kelas lain yang mendapat grade tinggi, saya tak tahu macamana pembahagian markah oleh lecturer lain terhadap subjek ini"...

Setelah segala hujah2 telah dilontarkan & kata putus telah diberikan oleh Madam H, kami terus mengucapkan kata2 terima kasih di atas kesudian Madam H mendengar luahan hati kami... Kami tetap hargai di atas masa yang diluangkan Madam H bersama kami... Kemudian, masing2 keluar dari bilik Madam H dengan muka yang sentap, kecewa & sedih...

(Nadia dgn muka x puas hatinya &
Shasha meluahkan perasaan dgn bondanya)


(Khaty dgn muka yg kichiwa... text sapa tu??)

Walaupun dalam hati kami merasa tidak puas hati tetapi kami tetap rasa puas selepas berjumpa dengan Madam H... At least, kami berusaha untuk mendapatkan penjelasan face to face dengan Madam H... Yelah kan, semua assignment, tutorial, kuiz & test, kami score untuk carrymark... x kanlah teruk sangat performance kami dalam final exam coz kami rasa kami boleh buat... Anywy, kami tetap bersyukur kerana lepas juga paper CS ni walaupun grade yang tidak berapa bagus & effect our GPA...

Kemudian kami meneruskan langkah berjumpa kordinator untuk mendapatkan serba sedikit info tentang pra pendaftaran subjek next semester... Setelah semuanya selesai, kami pun pulang ke rumah masing2 dgn azam yang lebih tinggi untuk meningkatkan CGPA untuk semester akan datang

~THE END~

Wednesday, June 24, 2009

:: SEGALANYA TERUNGKAI ::

Hari ini dengan rasa yg agak berdebar2, aku terus menuju ke lappy ku untuk mengetahui apa hasil yang aku terima setelah bekerja keras dalam semester 2 yang lepas... aku terus jer masuk ke CMS student & trus check result aku... Alhamdulillah, aku clear semua paper untuk semester 2... Tapi, dalam CMS student hanya grade utk setiap subjek sahaja yang ditunjukkan, GPA & CGPA masih belum ditunjukkan... Then, bila aku kira agak kecewa bila GPA aku turun tuk semester 2 & seterusnya effect my CGPA... {actually, dalam kepala dah terfikir camnelah nak bagitau Angah, sure die marah}

Grade yg paling rendah aku dpt adalah paper Computer Structure & Organisation (CS)... Ya, mmg aku dah agak, CS akan effect result aku semester 2 nie... Yang paling menyedihkan aku, majoriti member2 kelas aku dpt grade rendah dlm subjek CS nie... Top2 student dlm my class pun turun GPA disebabkan subjek CS... Ada beberapa faktor yg menyebabkan my classmate dpt grade rendah dlm CS, x perlulah aku nak reveal kan di sini... Aku rasa masa final, aku dah pulun abis2 subjek nie... Satu kemusykilan di sini, carrymark class aku x di disclose... So, we all x tau brape yg kitorg dapat... anyway, mungkin hanya ini rezeki yang ditentukan olehNya untuk aku & my classmate... Bak kata Aie, apa yang kita dapat adalah apa yang kita telah lakukan... btul gak kata2 tu...

Apapun, aku kena bersyukur dgn result tersebut... lagi lah kecewa kawan2 aku yang kena repeat paper kan... Ok guyz, make sure next semester kita akan sama2 naikkan CGPA... kena work harder next semester... chaiyo chaiyo... btw, harap2 aku akan dpt stay ngan classmate yg sama untuk semester 3... (^_*)

~THE END~

Tuesday, June 23, 2009

:: RISAUNYA ::

Esok adalah hari Rabu @ 24 June 2009 @ 1 Rejab 1430H...
Waaa, risaunya... knp ya? result semester 2 akan keluar...
Macam2 perasaan yang ada ~excited, berdebar, takut~...
Harapanku, dgn keberkatan 1 Rejab esok,
semoga aku mendapat keputusan yang cemerlang
sepertimana yang aku impi2kan... Amin!!
Kepada yg membaca N3 nie, doakanlah semoga diriku ini
dikurniakan & dianugerahkan keputusan yang cemerlang... Amin!!


~THE END~

Saturday, June 20, 2009

:: 20062009 ~ MY BIRTHDAY ::

...20.06.2009...
Hari ini genaplah umur ku 19 tahun... ya, angka semakin bertambah... next year big figure akn bertukar kpd "2" pula... anywy, still muda lg kan... hehehe...

As usual, if "Big Day" kami sekeluarga akn berkumpul & Abah akan membaca doa selamat... This year, idea makanan utk celebration diilhamkan oleh Kak Yong... Inilah die makanan2 yg disediakan oleh Kak Yong & Emak... Memang sedap hingga menjilat jari... yummy!!

(ayam golek, ikan siakap, telur puyuh, telur bungkus)

Dah ada makanan, mesti ada minuman kan... Ada 2 warna air malam nie iaitu hijau & kuning... Hijau tu air tebu & kuning plak air perisa mangga...

Seperti biasalah, arini aku x masuk dapur langsung... maklumlah "birthday girl"... hehehe... semuanya Emak, Kak Yong & Kak Lang yg sediakan... So, selepas je solat Maghrib & Abah balik dr surau, kami sekeluarga berkumpul & dimulai dgn bacaan doa oleh Abah...

Selepas bacaan doa, upacara memotong kek plak... this year, kek di sponsor oleh Angah... Kali nie, Angah beli kek aiskrim coz anak2 buah ku x suka kek lain, Secret Recipe pon diorg x suke... kek aiskrim Kedai Kek Mei Kee jugak ttp menjadi pilihan... hehehe

Alhamdulillah, rasa happy sgt malam nie dapat berkumpul dgn my family... thnk u to all my family members...really appreciate sgt2!! Harap2 dgn bertambahnya usia ku ini akan memberi kegembiraan, kebahagiaan, keimanan dan dimurahkan rezeki dalam hidup ku ini... Amin!!

~THE END~

Thursday, June 18, 2009

:: COLLECT AWARD ::

N3 kali nie adalah ttg award yg baru aku terima dari rakan2 blogger... Ada gak yg dah lama pesan suruh collect, tapi skrg nie baru aku collect... sorry kwn2!! Anywy, thnx ya... really appreciate it!! yahoo... bertambah lg koleksi award ku {inspirasi tuk berblogging~cheewaahh}







p/s : berangan nak dpt "Dean Award" dalam exam yg lepas... Amin!! {takutnya result nak kluar next week} ~ngggeeee~

~THE END~

Wednesday, June 17, 2009

:: PROJEK DI DAPUR ::

Malam semalam, aku telah menjalankan projek di dapur bersama kakak ku {Kak Yong} iaitu membuat "Apam Ice Cream Kukus"... Kak Yong mmg suka masak & aku suka gak lah tolong2 dia masak {kalau dtg tahap kerajinan}... semenjak aku kenalkan kat Kak Yong dgn blog ::Dari Dapur CT::, Kak Yong tlh buat bermcm2 jenis masakan kat situ but kdg2 ada gak yg x brape nak jadi... hehehe... so, this time memandangkan dah lama x update blog, aku cite lah ttg projek ku ini... hehehe... before that, thnx Kak CT for da resepi...

Actually, dah lama nak wat Apam Ice Cream kukus nie... nampak cam menarik jer, apalagi kalau di makan... memandangkan malam semalam, Kak Yong & aku dikurniakan tahap kerajinan, kami meneruskan projek ini... Sbnrnya, aku bknnya tolong apa sgt, juz tolong snap pic & tolong makan jer... muahahaha... ;)

Inilah adunan Apam Ice Cream Kukus yang dibuat oleh Kak Yong...

Setelah di kukus & sampai masanya, beginilah hasilnya Apam Ice Cream Kukus kami... Tapi, dari segi teksturnya x brape nak lawa lah mcm Kak CT buat... hehehe...

But, bila di potong dan dimasukkan dalam mulut, amatlah lazat & menyelerakan... Kewujudan Apam Ice Cream Kukus nie di dapur rumah ku hanya bertahan sehingga breakfast keesokan paginya sahaja... kemudian, yg tinggal hanyalah loyang sahaja... ekekeke

Di kesempatan ini juga, aku sertakan surat buat tatapan Angah & Kak Lang...

Te-are |Diamond|
fatehahdiamond.blogspot.com,
12345 Mozilla Firefox,
Malaysia

Kehadapan kekandaku "Angah" yang berada di KL & "Kak Lang" yang sedang mengikuti kursus di Pontian, Johor... Semoga kalian berdua berada dalam keadaan sihat walafiat... Tujuan adinda menulis surat ini adalah ingin memohon ribuan malahan jutaan kemaafan di atas ketidakprihatinan adinda terhadap kalian berdua... Adinda hanya mampu menunjukkan gambar Apam Ice Cream Kukus sahaja buat tatapan kalian berdua... Adinda tidak mampu berbuat apa2 kerana perut adinda kerap memanggil Apam Ice Cream Kukus yg sebenar untuk santapan adinda... Sehubungan dgn itu, maaf zahir & batin... Walaubagaimanapun, apam tue mmg sedap sangat2 sehingga menjilat jari... yummy!!

Yang tidak bersalah,
Adinda Fatehah

Hahahahaha.... sbnrnya, Angah & Kak Lang mmg suka sgt2 makan apam & kek... disebabkan diorg takde kat kampung, x dapatla diorg makan apam nie... jgn marah ye Angah & Kak Lang, nanti kena jual... memang sedap sgt2 apam tu... xpe, nanti bleh suruh Kak Yong wat lagi yer... hehehe...

Oklah, rasanya N3 nie dah merepek dah... so pada sesiapa yg nak cuba wat apam nie, bleh la tgk resepi kat blog ::Dari Dapur CT:: ~Apam Ice-Cream Kukus~... Selamat mencuba... (^_*)

~THE END~

Sunday, June 14, 2009

:: THANX GUYZZZ ::

Dalam tempoh cuti semester nie, aku tlh merancang utk hangout dgn member2 ku semasa blajar di Tadika, Sekolah Rendah & Sekolah Menengah... Memang happening!!

:: Babak 1 ::
Tarikh : 2 Jun 2009 (Selasa)
Lokasi : Jaya Jusco, Bukit Tinggi
Kehadiran : Aku, Fida & Gee
Kehadiran tambahan : Alin (Anak buah ku)

Actually, pertemuan nie dirancang oleh Gee memandangkan kitorg dah lama x jumpe... kebetulan, masa aku cuti semester nie, Gee & Fida dah abis blajar kat matriks, diorg tgh tunggu tawaran dari IPTA... so, we all decide tuk hangout kat JJ Bukit Tinggi... Kitorg mmg rapat since tadika lagi sampai lah tamat sekolah Tingkatan 5 @ SMKBL...

(Aku, Gee & Fida)

This time, aku drive & bertolak dari rumah kul 11.00 pagi... memandangkan cuti sekolah, aku pun bawalah anak buah ku {Alin} tuk follow kitorg... Alin nie pun agak rapat dgn Fida & Gee, so diorg ok jerr... lagi2 Fida suka melayan mulut becok Alin {sama2 becok sbnrnya}... hehehe... So, aku fetch Fida & Gee kat umah diorg {1 taman jer~senang}... then, around 12.30pm kitorg sampai JJ...

(Alin merajuk... Fida yg pujuk... bagus ar Fida... hehehe)

(Sbb nak wat benda nie lah Alin merajuk...
padahal umo dah 9 thn... asyik merajuk je if xdpt apa yg die nak)


Antara xtvt yg kami lakukan di JJ adalah shopping sambil gosip, makan sambil gosip, jalan2 sambil gosip & tgk wayang {nasib baiklah nak concentrate tgk cerita, if x dah gosip gak}... ekekeke... sronoknya dpt bertukar2 cerita dgn Gee & Fida... bnyk btul benda yg kitorg borak kan, maklumlah dekat 3 bulan x jumpe... btw, aku doakan Fida & Gee dpt offer dari IPTA sebagaimana yg diorg impikan... gud luck frenzzzz... miss u!!

(Posing lagi)

...........................................................................................

:: Babak 2 ::
Tarikh : 9 Jun 2009 (Selasa)
Lokasi : Jaya Jusco, Bukit Tinggi
Kehadiran : Aku, Fida, Daus, Fiqa, Bella, Tahid & Sufi
Kehadiran tambahan : Mr. X1 (cousin Fiqa) & Mr.X2 (adik Fiqa)

Hangout kali kedua nie di rancang oleh Fiqa & Daus di tempat yg sama tp dgn member2 yg lain... Semua yg join this time adalah member2 ku di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut (SMKBL)... Memandangkan Fiqa blajar kat Sabah & jarang balik kampung... So, we all pastikan hangout nie berjaya...

(Dalam toilet pun tetap nak posing... whatever!!)

Kali nie ramai yg join, syok nya... maklumlah semua tgh cuti semester... kali nie gak as usual, aku drive & bertolak dalam kul 10.30 pagi... aku fetch Fida & Daus kat Pekan Banting... Fiqa & Bella naik 1 kete ngan cousin & adik Fiqa... Tahid & Sufi as usual lah merempit dgn motor diorg... hehehe... aku sampai JJ around 11 lbh...

(Aku, Fiqa, Fida & Bella)

Xtvt kali nie pun agak sama dgn hangout aritu... tgk wayang, makan, shopping & jalan2... tapi, kali nie ramai yg join, so lagi bertambah lah gosip2 terkini lagi sensasi... maklumlah lebih banyak mulut yg bercerita... hehehe... yg bestnya kali nie, ada pak lawak, maklumlah 2 pak lawak {tahid & daus} dah bertemu, mcm2 lah lawak yg diceritakan... yg kitorg nie tukang gelak jelah sampai sakit perut aku...

(Aku, Fiqa, Fida, Bella & Daus)

Thnx guyz coz menceriakan cuti semester aku kali nie... next time if cuti lagi, kita plan lg xtvt2 yg lain... lagi ramai join, lg best... miss u guyzzz!!

~THE END~

:: JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK ::

Aku dah pergi menonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak {JPBC} bersama kawan2 ku di TGV Jaya Jusco, Bukit Tinggi... Genre filem ini adalah seram komedi...

Secara overall {pandangan peribadiku}, dari segi konsep & jalan cerita agak biasa... walaubagaimanapun, unsur2 lawak yang ditonjolkan amat menghiburkan... filem nie amat sesuai untuk ditonton bersama family coz ianya agak ringan & bleh release tension... dari segi lakonan plak, 3 pelakon utama {Mazlan Pet Pet (Punai), Shaiheizy Sam (Johan) & Cat Farish (Asmat)} memang sempoi & lawak gilerzz... aku asyik tergelak je sepanjang menonton filem nie...

Btw, kalau nak di fikirkan, mmg x logik lah watak2 dlm cite nie but filem komedi kan... kalau skema je, xdelah lawak nya... salah 1 scene yg lawak bile toyol naik motor merempit, lagi 1 time bomoh (azlee) nak kluarkan jin dlm badan Asmat (Cat Farish), sempat lagi jwb hp tue... hehehe...

So, kepada sesiapa yg suka menonton filem genre seram komedi, filem JPBC nie bleh lah di consider utk di tonton... (^_*)

~THE END~

Saturday, June 13, 2009

:: SPECIAL CARD FROM LEEYA ::

Today, on9 je blog, ada msg dari Leeya minta collect card...
inilah die card yg di design oleh leeya...
very nice, i'm luving it


Thanx Leeya... (^_*)

Thursday, June 11, 2009

~2 in 1~

::: AWARD :::

Award nie adalah pemberiaan dari ++...piCasA-mE...++...
Thnx frenz!!


Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini
  • Yahoo ID pemberi award nie adalah tunku_leeya
  • virgo gurl yg hepi go lucky {I guess} (^_*)
  • da peace gurl {suka tunjuk peace bile bergambar}... hehe
  • orang Negeri Sembilan
  • suka makan chocolate & ice cream {like me!!}

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sndiri sebelum memilih penerima award seterusnya

tag nie pernah di buat pada 16th May 2009...
so, info ttg diriku ada di link ini...
~Tagged oleh Fieyna & Kak Zana~


Anda perlu memilih 10 penerima award dan describe tentang mereka


Aritu dah bagi this award pd semua follower,
so this time nak bagi this award tuk my NEW follower... thnx ya!!

.........................................................

::: TAG :::

Tagged oleh ++...piCasA-mE...++ & saTHeS KUmaR

1. If you can be an animals, what will you be?
"butterfly" coz i believe i can fly... ;)

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?
duit haram maaa... never never never!!!

3. If you can teleport yourself anywhere in the world , where do you want to be?
Makkah & Paris {Eiffel Tower} ~ngeee

4. If you know that are you dying, what is the last meal that you want? Why?
My mom's Chicken Rice {my mom haaa, not Linda Onn's mom} ~hehehe~

5. If can you only kill one person in this world, who this a person? why?
no la... i juz want to kill mosquitoes... can huh?? ;)

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 year what is your choice? Why?
more than 24 hours... bnyk xtvt leh wat!! rather than live more than 100 year {if xde tenaga}, nothing to do... errmmm maybe!! ~juz to answer this Q~

7. If can you date celebrities, who that is person? Why?
if local celebrities... of coz Dafi & Dato' Siti Nurhaliza... why? coz i admire both of them so much

8. If you can only have one thing in this world, what should that be? Why?
1 thing?? not sure la... maybe money (is it thing??)... dont know la coz i luv so many thing... hehehe

9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? why?
i dont want to specify anybody... who else yg nak buat, dipersilakan... juz sharing our interest, sharing is caring rite!! ;)

~THE END~

Monday, June 8, 2009

~ Syurga Cinta X 2 ~

Lately nie bila aku baca blog & komen di portal hiburan, rata2 memberikan komen yg positif untuk filem Syurga Cinta... dah berminggu2 since cerita tu kluar, aku plan ngan my sis tuk pergi tgk... tp, ade je something yg membuatkan plan kami tu x dpt dilaksanakan dgn jayanya... At last, dapat jugak aku menonton Syurga Cinta... Dua kali {2 hari bertutrut-turut} tu aku tgk... First time, pada 1 Jun dengan my sis and anak2 buah ku di GSC Times Square... Second time, pada 2 Jun dengan my friends di TGV Jaya Jusco, Bukit Tinggi...

::: My Opinion :::
Cerita nie mencuit hati and jiwa aku... Lagi2 ngan telatah Haziq yg sangat comel... Heliza and Awal sgt sesuai dgn watak masing2... Penyampaian cerita nie pun sangat menarik and mesej2 yang disampaikan sangat bagus... 1 more thing, yang membuatkan aku terkejut adalah pada akhir cerita waktu aku menonton di GSC Times Square, semua orang bertepuk tangan... Ya, sbg tanda berpuas hati dengan cerita nie {I guess}... For me, tak rugi menonton cerita Syurga Cinta nie (^_*)

~THE END~

Saturday, June 6, 2009

~Diari di kampung :::PART 2:::~

Orait, aku sambung lagi cerita & xtvt ku di kampung... selamat membaca yaaa....

.::Aktiviti di kampung::.

Antara xtvt kebiasaan bila balik kampung adalah kami akan ke Pekan Teluk Intan pada waktu malam... saje je nak tgk suasana kat Pekan Teluk Intan... dah lama x balik, this time balik ada plak 24 hrs McDonald & Pasaraya Giant ~Kebetulan baru 2 hari buka~... but we all x pegi pun coz sesak giler, ramai sgt org... maybe ada big sale sempena pembukaan... as usual, we all akn ke the store, saje cuci2 mata... kebetulan setibanya kami di the store, ada persembahan tarian singa, x tau lah sempena function apa, aku juz snap je pic... 1st time tgk show tarian singa secara dekat... hehehe ;)

Kali nie gak kami singgah di Menara Condong... sebelum nie juz lalu jer... Angah or Abah mls nak singgah coz kalau kami balik time musim perayaan mesti ramai org kat situ... but this time, sejak menjadi blogger tegar, aku suruh angah singgah tuk snap pic {untuk tatapan my luvly blog reader}... huhu

Selain tu, antara xtvt yg kami akan lakukan adalah menangkap ikan... yg best nya time semua pakcik + makcik balik, semua cousin berkumpul, time tu lah plg best xtvt nie di lakukan... bagi aku best tp bagi ikan, mestilah x best, semua lariiii {nanti kena tangkap}... hehehe... ikan yg slalu kami dpt adalah puyu or sepat {biasalah kan ikan2 tu je di tepi sawah}... dulu masa aku kecik2, bila dpt tangkap ikan sepat {kuantiti yg bnyk}, nenek ku akan keringkan & jemur... but skrg nie, susah skit nak dpt ikan, dah x bnyk {maybe berlakunya pencemaran ~ yelahkan dulu xtvt sawah dilakukan secara tradisional but skrg semuanya guna mesin, so dah x natural seperti dulu}... lagipun parit kat keliling umah nenek ku pun dah semakin kecil {dah di tambak}, dulu lebih besar & air nya pun lebih jernih compare dgn skrg... so skrg nie, if kami dpt tangkap ikan, kami akn lepaskan balik... tangkap tuk kepuasan & suke2 jer...

ok... cerita ttg sawah plak... seperti entry ku yg lepas [part 1], kali nie aku balik masa musim menuai...so, padi semuanya dah masak... ~tetiba teringat plak pepatah melayu {ikut resam padi, semakin berisi, semakin tunduk}~... nie aku ada snap pic sawah di sebelah umah nenek aku... enjoy yaa!!

*kami yg suka posing*
Actually, antara tujuan kami balik kampung this time adalah untuk menghadiri 2 Majlis Perkahwinan iaitu "Opah Yang {29 Mei} di Kampung Bahagia" & "Kak Faridah {31 Mei} ~kawan my mom~ di Kunci Air 4" but aku xde snap pic la coz excited nak mkn lauk pengantin... hehehe... "Opah Yang" yg berumur 60+ baru bertemu jodoh {perkahwinan pertama} dgn insan pilihannya... itulah dinamakan jodoh, x kira umur... Semoga "Opah Yang" & "Kak Faridah" sentiasa bahagia bersama insan tersayang & kekal hingga hujung nyawa... Amin!!

Ptg ahad (31 Mei), kami pun pulang semula ke KL... angah aku x dpt cuti coz member die cuti... if x, lagi lama lah we all di kampung... dalam perjalanan, kami singgah jap di Pekan Bidor sebelum msuk ke highway... inilah yg kami beli di Pekan Bidor {mmg popular dgn petai & buah-buahan}...

Kenderaan agak banyak di highway, so Angah bawa relax2 jer... as usual, emak, abah & angah akan berborak2 dalam kereta & yg lain akan melelapkan mata {jgn jeles ye angah...hehehe}...

Alhamdulillah, kami sampai di KL dgn selamat... aku rasa hepi sgt bile xtvt bersama family ~seronok bile berkumpul ramai~... luv u all.... to all my luvly blog reader, tq coz sudi membaca celoteh ku hingga akhir... daaaaa!!

~THE END~

Friday, June 5, 2009

~Diari di kampung :::PART 1:::~

Salam to all reader... hari ni tetiba timbul plak rasa rajin nak share kisah ku balik kampung pada 29-31 Mei yg lalu... we all bertolak selepas Solat Maghrib lebih kurang jam 8.00 malam... as usual, "driver terhormat" kami adalah my bro (jgn maree ye angah, nanti cepat tue (^_~)... hehehe)... if angah aku drive, die akan lalu PLUS highway & kluar di Bidor, biasalah die kan suke drift... {Kalau abah suka lalu jalan kampung}...

tapi malam tu, angah x leh bawa laju, bnyk plak kete kat highway... kami pun buat analisa seperti biasa...oh ya, kan mula cuti sekolah... mesti parents nak hantar anak2 balik kampung, so bnyk lah kenderaan kat jalan... we all tibe di kampung lebih kurang jam 11.00 mlm... then, kami rehat + mandi + solat + borak2 & trus tidur... zzzzzzzzzz

.::Aktiviti di kampung::.

Pagi yang indah... selepas semuanya siap, xtvt breakfast bersama2 dgn nenek ku... bila ramai2 camni, nampak nenek ku berselera makan... maklumlah, bukan selalu berkumpul... tp, this time yg blk kampung cuma family aku & family Pak Lang jer... but, meriah gak lah... if nak tunggu semua berkumpul, biasanya masa raya or if ada kenduri

Seperti biasa, jika balik kampung pastinya kami akan ke market di Pekan Teluk Intan... my mom akan belikan barang2 dapur tuk my nenek... time camnilah aku akan demand minta mcm2 makanan untuk di masak ketika di kampung... hehehe... nenek aku pastinya akan setuju jer dgn kerenah cucu2 nya... hehehe... ;)

Kali nie kami balik kampung pada musim menuai... kalau musim menuai, akan terserempaklah dgn mesin padi & lori untuk mengangkut padi... apalagi, jalan nak masuk ke kampung penuh dgn tanah, bekas dr mesin padi lalu... tgklah tu, tayar kete my dad yg penuh ngan tanah... as usual, my sis ~Kak Lang~ akan cuci... die ni pantang tgk kete kotor, sure nak sembur nya... hehehe...

Actually, jalan nak masuk ke kampung Sg Manik hanya muat tuk 1 kereta je... if bertembung, kenalah 1 kereta berhenti ke tepi sikit kat lorong masuk umah... time camnilah aku & kakak ku & anak buah ku akan menjerit dalam kereta... seram wo, kiri kanan parit tu... time ni lah nak menguji skill angah memandu... hehehe... lagi2 time kitorg balik ni musim menuai, berdebar2 tul kalau bertembung ngan mesin padi... tgklah pic kat bawah nie, besar tu mesin padi tu... kenalah masuk trus ke lorong yg ada, if xde lorong kenalah undur sampai jumpa lorong...scary gilerrr!!

Kepulangan ke kampung kali nie juga memberi ku experience melihat padi di mesin & dipindahkan ke dalam lori... kebetulan aktiviti menuai dilakukan di hadapan umah nenek ku... dapatlah aku saksikan camne diorg wat... tp skrg ni kata nenek ku semua pakai mesin jer, juz upah org jer... dah xde mcm dulu yg kena mengerat + membanting... nenek ku kata Alhamdulillah, this year dari sawah 4 ekar menghasilkan lebih dr 6 tan padi... bertambah lah skit income nenek ku this year, ada chance dpt duit raya lebih tahun nie... hehehe

Untuk aktiviti seterusnya, nanti akan aku update tuk next entry yaaa... to be continued...