Friday, June 26, 2009

:: MISSION 25.06.09 ::

Tarikh : 25.06.09 (Khamis)
Lokasi : KPTM Cheras
Kehadiran : Aku, Nadia, Khaty, Shasha
Kehadiran tambahan : Kawan Shasha

Misi ini sebenarnya telah di rancang oleh Ms Nadia a.k.a Nadia Tonggek... Tujuan misi ini adalah untuk berjumpa dgn lecturer {Madam H} bagi meluahkan perasaan tentang ketidakpuasan hati terhadap grade yg diperolehi {subjek CS} dalam result yg baru sahaja di terima...

Aku a.k.a Teha BamBam & Khaty a.k.a Dolphin a.k.a PrincessKawaii telah berjumpa di LRT Pandan Jaya seawal jam 8.30 pagi... giler semangat, awal tu... Kemudian, kami meneruskan langkah ke KPTM dan terus menuju ke bilik oren... Lebih kurang 15 minit, ketibaan ketua projek {Ms Nadia} dgn muka yg ketat & sgt berkobar2 untuk berjumpa dengan Madam H... Disebabkan perut yang berkeroncong, Ms Nadia decide untuk mencekik terlebih dahulu untuk mengumpul tenaga sebelum meneruskan protes ini... As usual, kami memenuhkan perut di kedai Mak Azu a.k.a Kakak Teha...

(Muka sebelum misi berjalan)
(...Khaty...Te-are...Nad...)

Setelah perut sudah diisi, kami meneruskan misi menuju ke bilik Madam H... Baru je nak bagi salam, misi kami terhenti seketika kerana nervous yg melampau2... takut wei nak jumpe Madam H untuk meluahkan ketidakpuasan hati... Bagi meredakan keadaan, kami relax seketika di hadapan bilik lecturer sambil2 menunggu ketibaan seorang lagi ahli iaitu Shasha... Sementara menunggu Shasha, kami pun menyusun ayat untuk dituturkan di hadapan Madam H nanti... Yang paling x tahan tu, Ketua projek {Ms Nadia} siap telefon emak dia untuk minta skrip yg sesuai untuk dilafazkan pada Madam H... Emak Nadia berpesan kepada kami supaya membaca Ayat Kursi sebanyak 7 kali sebelum melangkah masuk ke bilik Madam H...

Tidak lama kemudian, Shasha pun tiba bersama rakannya {lupelah nama die...sowiii}... Then, misi diteruskan... sambil membaca Ayat Kursi dan selawat, kami pun memberi salam dan masuk ke bilik Madam H...

Madam H menyambut kami dengan senyuman yang paling manis semanis madu & kurma... Aku memulakan kata2 sambil membuat muka seposen dan seterusnya disambut oleh kawan2 ku yg membuat muka 20 sen... hujah demi hujah kami lontarkan, kami utarakan, kami perdebatkan... namun, ada sahaja alasan yang diberikan oleh Madam H terhadap hujah2 kami... Ayat yang paling membuatkan kami tersentap adalah apabila Madam H menyuarakan "saya dah malas nak fikir pasal result ni semua, hanya ini yang boleh saya bagi untuk student kelas saya, bagi kelas lain yang mendapat grade tinggi, saya tak tahu macamana pembahagian markah oleh lecturer lain terhadap subjek ini"...

Setelah segala hujah2 telah dilontarkan & kata putus telah diberikan oleh Madam H, kami terus mengucapkan kata2 terima kasih di atas kesudian Madam H mendengar luahan hati kami... Kami tetap hargai di atas masa yang diluangkan Madam H bersama kami... Kemudian, masing2 keluar dari bilik Madam H dengan muka yang sentap, kecewa & sedih...

(Nadia dgn muka x puas hatinya &
Shasha meluahkan perasaan dgn bondanya)


(Khaty dgn muka yg kichiwa... text sapa tu??)

Walaupun dalam hati kami merasa tidak puas hati tetapi kami tetap rasa puas selepas berjumpa dengan Madam H... At least, kami berusaha untuk mendapatkan penjelasan face to face dengan Madam H... Yelah kan, semua assignment, tutorial, kuiz & test, kami score untuk carrymark... x kanlah teruk sangat performance kami dalam final exam coz kami rasa kami boleh buat... Anywy, kami tetap bersyukur kerana lepas juga paper CS ni walaupun grade yang tidak berapa bagus & effect our GPA...

Kemudian kami meneruskan langkah berjumpa kordinator untuk mendapatkan serba sedikit info tentang pra pendaftaran subjek next semester... Setelah semuanya selesai, kami pun pulang ke rumah masing2 dgn azam yang lebih tinggi untuk meningkatkan CGPA untuk semester akan datang

~THE END~

10 comments:

<< s| tED| >> said...

nape gelaran kawan tu tonggek?? Tak baik tau!! :P

wah!! ini kiranya.. misi berani kerana besanrlah ni ek..? bagus-bagus!!

tak pe lah te-are.. walaupun resultnya still mcm tu juga.. sekurang-kurangnya kamu dan kawan-kawan dah cuba kan..
InsyaAllah next semester.. mesti dapat score!

shidaradzak said...

teha..bagus kuat semngat..at least kita nak tahu sesuatu yg kita ragu2 n kurang pasti kan....len kali baca yasin pjg sikit..hehehe..muahs

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

{tedi}

hehehe.. nadia tu sporting & dia sendiri pun dah iktiraf panggilan itu... dah register!! ekekeke...

yup, misi besar tu dgn tema "berani kerana benar"... yeah, kena strugle next sem... thnx 4 da wish ;)

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

{kak shida}

btul kak, wlpn result x dpt tukar apa2 but rasa puas dpt face to face ngan lecturer... at least, die tau bkn semua student leh terima bulat2 result yg diterima coz sometimes result tu x seiring dgn apa yg student tlh usahakan...ye lah kak, kena baca yaasin spatutnya, baru lg sejuk hati lecturer kan... ;)

SuRiA said...

tingat lak zmn akk bljr dulu mmg x puas hati kalau carry mark yg dikumpul dah x larat nk carry result exam lak ciput...mase tu kekesalan yg teramat sgt coz tak fokus tul2 hehe...smoga CGPA next semester lg biek usaha lift kejayaan...

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

ooo... kak suria pun ada experience yg sama ya... anywy, thnx 4 da wish ya... yeah, skrg ni kena guna lift, if tangga, ketinggalan lah... ekekeke

MY HEART said...

Sabo ek laling...

Biasa zaman blaja banyak ketidakpuasan hati berlaku bil amelibatkan 'usaha'. Kita usaha cam nak matik tapi endlast grade utk cgpa hancuss tanpa sebab.. eh.. te-are watpe ek?? Dip or Degree??

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

thnx sis... btul3... ;) te-are wat diploma in Business IT @ KPTM Cheras... ;)

Anonymous said...

hahaaaa
kelaka ar cite..
aq ketue??
hakhakk
tp ok ar..
aq da redha ar sumenyer..hehee
Nadia tonggek??
hahahahhahaaaaa

TE-ARE |DIAMOND|™ said...

nad, sudah pandai haaa... bagus2, chayunk nad... yelah, ko kan ketua yg mengatur segala2nya... redha la kan semuanya... at least, kite dpt luahkan apa yg terbuku di hati kan... nama tu ko dah register kan, so x kisahkan aku guna... hehehehe